Page 5 - Malaysia 2017
P. 5
UN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat;

• Memelihara satu cara hidup demokratik;
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang

kaya dengan berbagai-bagai corak, dan
• Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden;

MAKA KAMI,
rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas

prinsip- prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10