Background Image
Previous Page  10 / 36 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 10 / 36 Next Page
Page Background

SIAP SEDIA HADAPI BANJIR

10

Di dalam kenderaan

• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah

balik ke tempat selamat.

• Jika kenderaan anda terhenti, kunci dan tinggalkan

kenderaan serta pergi ke tempat yang selamat.

• Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan

pihak berkuasa. Jangan kembali ke rumah sebelum

dibenarkan.

• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang

upaya dan golongan istimewa.

• Periksa rumah anda dan lihat tanda-tanda rekahan

atau mendapan kerana ia mungkin tidak selamat.

• Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri

air, berhati-hati terhadap bahaya-bahaya yang

tersembunyi.

Semasa memasuki rumah

• Pakai kasut atau selipar.

• Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.

• Perhatikan siling rumah dan plaster dinding yang

mungkin rekah, lerai dan jatuh.

• Periksa tanda-tanda kehadiran binatang atau serangga

berbisa yang berbahaya.

• Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan

yang bersepah.