Background Image
Previous Page  17 / 36 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 17 / 36 Next Page
Page Background

17

• Mereka yang mengalami masalah kesihatan dinasihatkan

untuk berjumpa doktor.

• Golongan berisiko tinggi dinasihatkan memakai alat

pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah

sekiranya pemakaian alat pelindung pernafasan itu tidak

mendatangkan masalah pernafasan.

• Banyakkan minum air.

• Kerap membersihkan diri.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) =

301-500

Status

= Sangat tidak menyihatkan

Tahap Pencemaran

= Pencemaran yang sangat tinggi dan

membahayakan kesihatan

Batas Aktiviti / Langkah – langkah Kesihatan

• Warga tua dan golongan berisiko tinggi digesa berada di

dalam rumah dan elak daripada melakukan aktiviti fizikal

yang berat.

• Seboleh-bolehnya, orang ramai dinasihatkan supaya

tinggal di dalam bangunan atau rumah.

• Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh

muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu

dengan air bersih.

• Alat pelindung pernafasan hendaklah digunakan oleh

semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di

luar bangunan atau tempat-tempat yang berhabuk dan

juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.