Background Image
Previous Page  8 / 36 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 8 / 36 Next Page
Page Background

SIAP SEDIA HADAPI BANJIR

8

Persediaan Sebelum Banjir

• Peka dengan sistem amaran banjir dan sentiasa

dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui

media massa dan pihak berkuasa serta Bilik-bilik

Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang ditubuhkan.

• Periksa lubang air seperti longkang atau lubang najis

supaya tidak tersekat. Bersihkan halangan dalam

longkang dan pastikan lubang najis tertutup rapat

supaya air banjir tidak masuk melaluinya.

• Pastikan lokasi Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan

Bencana di tempat anda.

• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan

secukupnya.

• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara

bertindak semasa kecemasan di rumah.

Semasa Tanda-tanda Banjir Dikesan

• Sentiasa mengikuti perkembangan banjir di tempat

anda melalui pengumuman media massa atau pihak

berkuasa.

• Pindahkan perabot, peralatan elektrik atau peralatan-

peralatan lain ke tempat yang selamat.

• Isikan tong-tong yang elok dengan air bersih dan

letakkan di tempat tinggi.

• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat

atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.

• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama

bekalan air dan gas.

• Tutup dan kunci semua pintu dan tingkap dan bersedia

untuk berpindah.