Carian 
 Saiz Pilihan Text   Pilihan Warna        Kurang Upaya  Pilihan Bahasa
logo_kpkk2 Logo1Malaysia
perutusan

PERKHIDMATAN ONLINE

E-akhbar
E-Press

Perkhidmatan Kami

Sislap
ispaaa_kpkk
Kelab_ank_mrdka
SPA
E-book
HRMIS
i-foto
Opac_Pusat_Sumber
Pentarama
Perpustakaan_foto
komunitibestari
sirim

TARIKH KEMASKINI

Ahad 05 Februari 2012, 11:43
Kami ada 34 tetamu online

Perutusan Ketua Pengarah


 

hj_ibrahim

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melayari laman sesawang rasmi Jabatan Penerangan Malaysia. Menyedari bidang teknologi informasi hari ini merupakan satu medium berkesan dalam aspek penyampaian maklumat, kami sentiasa peka dan berusaha untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan laman sesawang sejajar dengan penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas.

Pengujudan laman sesawang jabatan ini dilihat sebagai suatu pemudah cara bagi menyalurkan maklumat selain meningkatkan lagi komunikasi dua hala di antara jabatan dan masyarakat. Sebagai sebuah jabatan yang mempunyai peranan yang boleh disifatkan menyeluruh, adalah suatu yang mustahak bagi kami untuk mempertingkatkan keberkesanan segmen penyampaian maklumat yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat umumnya dari masa ke semasa.

Selaras dengan itu, portal 1Klik juga yang dahulunya dikenali sebagai portal Pusat Maklumat Rakyat juga ditransformasikan bagi memudahkan lagi pencarian pelbagai maklumat di kalangan rakyat. Bukan setakat itu sahaja, malahan kami juga turut memanfaatkan ledakan media siber dengan mewujudkan blog, twitter dan radio jabatan bagi memperbagaikan lagi saluran penyampaian sedia ada.

Dengan adanya laman sesawang ini, hasrat kami melihat peningkatan kefahaman dan kepekaan rakyat dalam setiap aspek dapat direalisasikan sejajar dengan rentak perubahan zaman. Adalah menjadi azam jabatan untuk memupuk kesedaran meluas di kalangan rakyat dalam segenap aspek sekali gus menjana kepada pembentukan modal insan cemerlang bagi menggalas peranan ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang gemilang dalam mencapai Wawasan 2020.

Saya turut berbesar hati mempelawa dan mengalu-alukan orang ramai mengemukakan sebarang cadangan yang konstruktif bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan laman sesawang ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada webmaster jabatan supaya laman sesawang ini terus menjadi wacana yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pihak sekali gus selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

HAJI IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA.

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2010 Jabatan Penerangan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768