Carta Organisasi

Objektif
-
Mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal kepada kerajaan melalui penyediaan maklum-balas perisikan yang lengkap, tepat, bersepadu serta berwibawa di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.
-
Mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi memenangi minda rakyat.
-
Mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan cintakan negara.
Fungsi
-
Menyediakan pelan strategi sistem amaran awal kepada kerajaan.
-
Membuat pemantauan terhadap isu-isu semasa yang dijangkakan boleh menjejaskan kerajaan dan keselamatan negara.
-
Menyediakan secara analitikal maklumbalas dan strategi alternatif bagi menangani cabaran isu-isu semasa daripada pelbagai sumber kepada pihak kerajaan.
-
Menyediakan dan mengemukakan penjelasan yang komprehensif serta meyakinkan untuk kegunaan kerajaan di dalam menangkis segala tomahan secara spesifik, menyeluruh, konsisten dan berkesan.
-
Merancang strategi dan program geraksaraf secara bersepadu untuk dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan negara.
-
Membuat tinjauan fokus terhadap pendapat awam mengenai isu-isu semasa yang boleh menggugat agenda pembangunan, keselamatan, kepimpinan dan keharmonian negara.
Piagam Pelanggan
1. Menyediakan laporan isu-isu semasa yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada isu berbangkit.
2. Memastikan intisari akhbar harian dapat diakses oleh pelanggan setiap hari bekerja selepas jam 11.00 pagi.
3. Menyediakan maklum balas isu semasa yang lengkap, tepat dan bersepadu sebagai sistem amaran awal kepada kerajaan.
4. Mempromosi aktiviti-aktiviti jabatan khususnya berkaitan kempen 1Malaysia melalui internet dari semasa ke semasa.
5. Menyediakan laporan isu lapangan sebelum jam 2.00 petang pada setiap hari bekerja untuk perhatian Y.B. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
6. Menyediakan ‘pointers’ isu-isu utama untuk rujukan pegawai-pegawai lapangan dalam masa tujuh (7) hari bekerja daripada isu berbangkit.



