Carian 
 Saiz Pilihan Text   Pilihan Warna        Kurang Upaya  Pilihan Bahasa
logo_kpkk2 Logo1Malaysia
perutusan

INFO

dkict piagam transonline webmobile direktori

PAUTAN

banjir 1klik
sirim

TARIKH KEMASKINI

Rabu 16 Mei 2012, 11:57
Kami ada 106 tetamu online

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan

Carta Organisasi

khidmat_pengurusan_dan_kewangan

 

  • Klik di sini untuk Carta Organisasi dan Senarai Perjawatan Bahagian Pengurusan Dan Kewangan.
  • Klik di sini untuk Maklumat mengenai Bahagian Pengurusan Dan Kewangan.

Objektif

  • Mewujudkan khidmat pengurusan yang berkesan bagi menyokong dan menyelaras tindakan dan keputusan-keputusan pihak pengurusan atasan.
  • Menyediakan sistem pentadbiran dan kewangan organisasi yang berkesan bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program Jabatan.
  • Memastikan perancangan, pembangunan dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan rangkaian strategi, program dan aktiviti Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  • Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk peralatan dan teknologi dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif Jabatan. Di samping pengawalan sepenuhnya ke atas keselamatan warga organisasi termasuk perkara-perkara terperingkat Jabatan selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam.

Fungsi

  • Mewujudkan sistem pentadbiran dan kewangan bersepadu bagi merancang dan mengurus belanjawan Jabatan termasuk rancangan pembangunan dan penyenggaraan fizikal berteknologi.
  • Merancang dan mengurus perolehan dan pelupusan aset Jabatan yang meliputi proses penentuan spesifikasi teknikal untuk tujuan perolehan Jabatan.
  • Merancang dan mengurus penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan dan alat siaraya Jabatan.
  • Mengendali sistem pemantauan projek pembangunan secara fizikal di bawah “ Projek Monitoring Sistem” (PMS) di peringkat Jabatan.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras urusan keselamatan warga organisasi dan aset Jabatan.

Piagam Pelanggan

1.    Menguruskan penerimaan surat rasmi Jabatan dan mengedarkan ke Bahagian / Cawangan dalam tempoh 1 hari selepas diterima daripada pihak luar.
2.    Menguruskan perkhidmatan penghantaran surat rasmi keluar dalam tempoh seperti berikut:
                 2.1 Despatch dalam tempoh 2 hari selepas diterima
                 2.2 Pos/ Pos Laju dalam tempoh 2 hari selepas diterima dari Bahagian / Cawangan
3.    Memberi perkhidmatan Kaunter Pelanggan dengan mesra, cekap dan berkesan dalam tempoh 5 minit.
4.    Memberikan  perkhidmatan layanan telefon dengan cekap, cepat dan berkesan dalam tempoh kurang dari 2 minit selepas panggilan diterima.
5.    Memberi perkhidmatan P.A Sistem/ Alat Siaraya yang bermutu tinggi kepada Jabatan/Kerajaan dan Badan Berkanun dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh   permohonan.
6.    Melaksanakan semua urusan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja selepas invois dan bil  yang  telah lengkap diterima
7.    Menguruskan perkhidmatan pengangkutan kepada pegawai dan anggota Jabatan dalam tempoh 3 hari selepas menerima tempahan dari Bahagian / Cawangan
      

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2010 Jabatan Penerangan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768