Carian 
 Saiz Pilihan Text   Pilihan Warna        Kurang Upaya  Pilihan Bahasa
logo_kpkk2 Logo1Malaysia
perutusan

INFO

dkict piagam transonline webmobile direktori

PAUTAN

banjir 1klik
sirim

TARIKH KEMASKINI

Rabu 16 Mei 2012, 11:57
Kami ada 108 tetamu online

Bahagian Media dan Komunikasi Korporat

Carta Organisasi

MKK2 

 

Objektif

  • Mewujudkan perhubungan media yang akrab antara pihak kerajaan dengan media tempatan dan antarabangsa
  • Menyediakan khidmat pengurusan media yang profesional kepada pihak media tempatan dan media antarabangsa
  • Menyediakan khidmat pengurusan komunikasi korporat di peringkat Jabatan
  • Meningkatan keberkesanan kempen melalui penyediaan khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat kepada pihak kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya.

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan aktiviti komunikasi korporat yang strategik untuk Jabatan Penerangan
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan komunikasi korporat untuk agensi-agensi kerajaan
  • Melaksanakan aktiviti pengukuhan media bagi menjalankan hubungan baik dengan media tempatan dan media luar negara
  • Membantu pegawai-pegawai perhubungan awam di pelbagai agensi kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme di dalam bidang perhubungan media
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media rasmi kepada petugas media tempatan dan luar negara
  • Mempastikan pemegang Kad Perakuan Media rasmi mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Penerangan semasa membuat liputan media
  • Mengurus liputan foto bagi acara-acara rasmi kerajaan
  • Menyedia dan mengeluarkan Nota Kepada Pengarang, Kenyataan Media dan Siaran Media bagi acara rasmi kerajaan kepada media tempatan dan luar negara (secara on-line)

Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat,proaktif dan berdaya saing dengan

  • Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) dalam masa  dua (2) hari sebelum acara berlangsung.
  • Mengeluarkan Siaran Media dalam masa dua (2) jam selepas menerima maklumat ;
  • Mengeluarkan Kad Perakuan Media dalam tempoh satu (1) hari bekerja ;
  • Memberi khidmat Perhubungan Awam yang profesional dan berkesan dalam masa yang ditetapkan ;
  • Memastikan bahan publisiti dan promosi aktiviti Jabatan diedarkan kepada media tiga (3) hari sebelum aktiviti berlangsung ;
  • Memastikan program dan aktiviti Jabatan mendapat publisiti dan promosi melalui media rasmi kerajaan ;
  • Menyelaras pengeluaran Pas Khas Media tiga (3) hari sebelum acara rasmi kerajaan berlangsung ;
  • Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut :

            i)  Surat Akuan dalam tempoh satu (1) hari bekerja ;
           ii)   Maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari ; dan
          iii)   Laporan status aduan awam dalam masa satu (1) bulan

 

 
Hakcipta Terpelihara © 2010 Jabatan Penerangan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768