Carta Organisasi

Objektif
-
Menghasilkan bahan penerbitan yang berkualiti dan berwibawa mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara ke arah pencapaian matlamat jabatan.
-
Menyediakan khidmat kepakaran penulisan strategik untuk kempen dan propaganda kerajaan.
-
Mempertingkatkan tahap profesionalisme anggota-anggota Jabatan melalui penyediaan bahan maklumat.
Fungsi
-
Menyediakan kenyataan rasmi dalam bentuk bahan cetak yang memberi ulasan, pandangan serta pendapat mengenai isu-isu yang berbangkit dari dasar negara dan kerajaan.
-
Mengurus penyediaan bahan-bahan maklumat rasmi kerajaan dalam bentuk audio visual seperti CD, VCD, DVD, pita video, pita audio dan on-line internet (Laman Web) bagi menyokong aktiviti komunikasi bersemuka.
-
Menyedia dan membekalkan maklumat rasmi kerajaan melalui media cetak, audio visual dan internet untuk keperluan dalam negeri dan antarabangsa.
-
Mengumpul, mengarang, menyunting dan menguruskan percetakan bahan-bahan dan dokumen rasmi kerajaan mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara.
-
Mengumpul, mengarang, menyunting dan menguruskan percetakan bahan-bahan maklumat (bahan syarahan dan bahan rujukan) untuk kegunaan anggota-anggota Jabatan.
-
Menyediakan storyboard (teks dan caption) untuk aktiviti komunikasi visual (seperti pameran, poster, multimedia, billboard).
-
Menerbitkan bahan-bahan penerbitan bagi acara rasmi kerajaan.
-
Mengeluarkan bahan-bahan penerbitan berhubung dengan peristiwa-peristiwa penting negara dan peristiwa-peristiwa di luar jangkaan yang berkaitan dengan keselamatan, ekonomi dan sosial.
-
Memberi khidmat perunding di dalam bidang penulisan bahan rasmi kerajaan.
-
Menyediakan perkhidmatan penterjemahan untuk keperluan Jabatan.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji menghasilkan kerja-kerja yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan:-
• Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermutu tinggi, informatif, menepati kehendak sasaran dan keperluan semasa;
• Mempelbagaikan bahan-bahan penerbitan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai dasar-dasar mutakhir Kerajaan;
• Memupuk minat membaca dan menulis dalam kalangan masyarakat; dan
• Menyediakan maklumat Portal Maklumat Rakyat (PMR) yang berkualiti dan terkini dalam masa yang ditetapkan.



