Carta Organisasi

Objektif
-
Untuk mempertingkatkan lagi kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat atas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.
-
Untuk mewujudkan rangkaian komunikasi dua hala yang `accountable’ dan telus antara kerajaan dan rakyat bagi meningkatkan lagi kesefahaman dan perasaan tanggungjawab bersama terhadap kemajuan dan kemakmuran agama, bangsa dan negara.
-
Untuk membimbing dan membudayakan pemikiran serta sikap rakyat agar selaras dengan matlamat dan cita-cita kerajaan.
-
Mempertingkatkan lagi semangat cintakan negara dan memperkukuhkan nilai-nilai jati diri di kalangan semua lapisan masyarakat.
Fungsi
-
Merancang, menyelaras dan menyelia strategi dan program pemasaran maklumat melalui pendekatan komunikasi bersemuka.
-
Merancang, menyelaras dan menyelia semua program-program Jabatan yang dilaksanakan ke arah pembangunan minda dan rohaniah masyarakat.
-
Mewujudkan rangkaian perhubungan komunikasi yang terancang, meluas dan berkesan antara kerajaan dan rakyat.
-
Menyediakan khidmat pakar nasihat kepada semua badan kerajaan untuk pengelolaan sebarang program kempen.
-
Menyediakan perkhidmatan pemasangan alat siaraya yang berkualiti di majlis-majlis rasmi kerajaan di semua peringkat.
-
Merancang dan menyelaras strategi dan program pemasaran maklumat melalui Pentarama.
Piagam Pelanggan
-
Menyampaikan maklumat sesuatu dasar kepada sasaran melalui aktiviti komunikasi bersemuka dalam tempoh sebulan daripada arahan;
-
Meningkatkan jaringan komunikasi diseluruh Negara melalui penubuhan Komuniti Bestari dan Penggerak Bestari untuk meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat; dan
-
Menyampaikan maklumat melalui persembahan PENTARAMA sebanyak sembilan (9) kali sebulan.



