Carian 
 Saiz Pilihan Text   Pilihan Warna        Kurang Upaya  Pilihan Bahasa
logo_kpkk2 Logo1Malaysia
perutusan

INFO

dkict piagam transonline webmobile direktori

PAUTAN

banjir 1klik
sirim

TARIKH KEMASKINI

Rabu 23 Mei 2012, 09:09
Kami ada 78 tetamu online

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Carta Organisasi

Pengurusan_sumber_ManusiaBM

 

 

Objektif

Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan kepada bahagian-bahagian di Ibu Pejabat dan negeri-negeri dalam bidang pengurusan dan pembangunan sumber manusia termasuk perkhidmatan pembangunan organisasi, pembangunan sumber manusia, kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib serta keperluan latihan.

Fungsi

  • Merancang dan menggubal pelan strategik sumber manusia yang dinamik bagi mencapai objektif, matlamat dan wawasan Jabatan.
  • Melaksana dan mengawal pelan strategik sumber manusia selaras dengan perubahan persekitaran bagi mencapai objektif dan matlamat pembangunan organisasi dan sumber manusia Jabatan.
  • Mengkaji, menilai dan memperkukuhkan strategi dan program sumber manusia Jabatan ke arah merealisasikan peranan dan tanggungjawab Jabatan di dalam persekitaran yang berubah dan komplek.
  • Mempastikan pengambilan, pembangunan, pembahagian dan   pengembelingan tenaga dan kepakaran sumber manusia semua peringkat dilaksanakan secara optima ke arah mencapai objektif dan matlamat Jabatan.
  • Mewujudkan struktur, sistem dan suasana organisasi yang produktif dan inovatif bagi mencapai objektif dan matlamat komunikasi dan perhubungan awam Jabatan.
  • Merancang dan menjalin hubungan kerjasama dan pakatan strategik di antara Jabatan dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Pusat, Institusi Latihan, Badan-Badan Profesional didalam dan luar negeri,  dan Kesatuan Sekerja  ke arah peningkatan prestasi dan kewibawaan Jabatan.

Piagam Pelanggan

1. Merangka modul latihan kursus yang bersistematik dan berkesan dengan memberi penekanan kepada aspek pembangunan diri, penguasaan pengetahuan kemahiran, kreativiti dan inovasi.

2. Mengenalpasti kebolehan pegawai bagi mengisi jawatan kosong secara pemangkuan atau kenaikan pangkat bagi semua peringkat mengikut kesesuaian Jabatan

3. Penyediaan bagi semua jenis Penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) dalam masa  satu minggu daripada tarikh Surat Kebenaran penyata Perubahan Kewangan (Kew.8) diterima.

4. Mengemukakan Dokumen- Dokumen Persaraan Lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA mengikut tempoh masa yang diarahkan.


5. Menguruskan proses LNPT dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling –pekeliling dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

6. Memastikan pemakluman kelulusan Perisytiharan Harta pegawai/kakitangan dapat dilakukan dengan cepat dan segera supaya memudahkan urusan kenaikan pangkat, permohonan jawatan baru,temu duga serta menjamin akauntabiliti dan integriti pegawai dan kakitangan jabatan.

7. Menyediakan kajian perjawatan, penyusunan semula struktur organisasi, permohonan pengukuhan dan penyusunan semula jawatan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh ia mula diterima dan diproses.

8. Melaksanakan naziran perjawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan penggunaan tenaga manusia yang optimum berdasarkan struktur organisasi yang sesuai.

 
Hakcipta Terpelihara © 2010 Jabatan Penerangan Malaysia
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768