Carta Organisasi

Fungsi
- Merancang dan menilai pelaksanaan program dan aktiviti Jabatan
- Merancang dan merangka pelan tindakan pelaksanaan program
dan aktiviti jabatan secara bersepadu. - Menjalankan kajian keberkesanan aktiviti Jabatan dan kepuasan pelanggan.
- Menyelaras dan memantau pelaksanaan naziran bersepadu Jabatan.
- Merancang dan memantau Pelan Strategik Jangka Panjang Jabatan bagi memenuhi Key Performance Indicator (KPI) yang ditetapkan.
- Mencadangkan langkah-langkah pembetulan dan penambahbaikan program/aktiviti dan pengurusan Jabatan.
- Merancang dan memantau program-program pembudayaan kualiti dan inovasi.
Dasar Kualiti
Jabatan Penerangan Malaysia adalah komited untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar Kerajaan secara konsisten dan profesional. Jabatan Penerangan Malaysia sentiasa melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan kehendak serta kepuasan pelanggan dipenuhi dan Sistem Pengurusan Kualiti ditepati.
Piagam Pelanggan
- Menyedia dan mengedarkan Mesyuarat utama dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh mesyuarat berkenaan.
- Menyediakan maklum balas Minit Mesyuarat dengan cepat dan tepat dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh arahan diterima. Menyediakan Resolusi Retreat atau Persidangan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Retreat/Persidangan diadakan.
- Menyediakan Kertas Jemaah/Nota Jemaah Menteri/Kertas konsep/Pelan Tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh arahan.
- Menyediakan hasil kajian dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh siap pemprosesan data.
- Menyediakan Buku Laporan Tahunan masa tiga (3) bulan dari tarikh akhir maklumat lengkap diterima.
- Menyediakan laporan naziran dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh akhir naziran dilaksanakan
- Menerbitkan dan mengedarkan Buletin 'Q' Jabatan setiap empat (4) bulan sekali
- Laporan KPI / PSJP Jabatan disediakan setiap 4 bulan




