Carta Organisasi

Objektif
-
Mewujudkan program pembangunan infrastruktur dan rangkaian sistem aplikasi komputer (ICT) di dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penyediaan perkhidmatan Jabatan.
-
Menyediakan rangkaian perkhidmatan yang berasaskan ICT secara bersepadu dan berkesan bagi menyokong strategi dan program Jabatan.
-
Memajukan dan meningkatkan keupayaan sistem ICT selaras dengan peranan jangka panjang Jabatan di dalam proses pembangunan negara.
-
Menentukan kredibiliti sistem ICT berdasarkan tahap keselamatan yang terjamin.
-
Mempastikan pembangunan kelayakan dan kerjaya dirancang dan dilaksanakan bagi membentuk kakitangan yang terlatih dan berpengetahuan ‘knowledge worker’ selaras dengan keperluan strategi ICT Jabatan.
Fungsi
-
Merancang dan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Jabatan.
-
Mengurus dan menyelaraskan pembangunan perkakas dan sistem aplikasi IT serta rangkaian intranet dan internet Jabatan.
-
Menyedia keperluan multimedia untuk kegunaan semua program dan aktiviti Jabatan.
-
Mempastikan integriti pangkalan data Jabatan sentiasa terjamin.
-
Menjalin hubungan rangkaian serasi di antara Jabatan dengan pihak agensi-agensi kerajaan selaras dengan persekitaran Kerajaan Eletronik.
Piagam Pelanggan
-
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan peralatan ICT dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan.
-
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan perisian komputer dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan.
-
Menyelesaikan masalah berkaitan dengan sistem aplikasi maklumat sedia ada dalam tempoh 3 hari dari tempoh aduan.
-
Menyelesaikan masalah berkaitan emel dan internet 2 hari dari tarikh aduan.
-
Membangunkan sistem aplikasi baru dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan.




