PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI TAHUN 2018

SYARAT UMUM

PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI TAHUN 2018

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Anugerah Inovasi Tahun 2018 Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) diadakan bersempena Program Hari Inovasi dan Kecemerlangan JaPen Tahun 2018. Anugerah terbahagi kepada dua iaitu Berkumpulan dan Individu.

a) Anugerah Inovasi Berkumpulan

  1. Anugerah Pengurusan Sistem Fail Terbaik
  2. Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik
  3. Anugerah Penulisan Artikel Portal Malaysia Aktif Terbaik

b) Anugerah Inovasi Individu 

  1. Anugerah Pengurusan Laporan Pendapat Awam Terbaik
  2. Anugerah Reka Bentuk Infografik Terbaik
  3. Anugerah Pegawai Perhubungan Awam Terbaik

Penilaian terhadap setiap penyertaan akan dibuat dengan mengambil kira pencapaian dari tempoh 1 September 2017 sehingga 30 September 2018.

HADIAH PERTANDINGAN 

Anugerah Inovasi Kategori Berkumpulan

  • Wang Tunai : RM 5,000.00
  • Hadiah Iringan : Sijil dan Trofi

Anugerah Inovasi Kategori Individu

  • Wang Tunai : RM 1,000.00
  • Hadiah Iringan : Sijil dan Trofi

 SYARAT UMUM 

  • Pencalonan bagi anugerah adalah terbuka kepada semua warga Jabatan Penerangan Malaysia berstatus tetap dan telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun.
  • Setiap Negeri/Bahagian boleh menghantar lebih daripada satu pencalonan bagi Anugerah Individu.
  • Bagi Anugerah Berkumpulan pula, setiap Negeri/Bahagian hanya layak untuk menghantar satu (1) pencalonan sahaja. Pencalonan yang dibuat mestilah mendapat kebenaran daripada Pengarah Bahagian / Pengarah Penerangan Negeri tersebut.
  • Pegawai/kakitangan yang pernah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh tiga tahun dari tahun semasa tidak layak menyertai pertandingan ini.
  • Tempoh penilaian kriteria bagi kesemua anugerah adalah melalui pencapaian bagi kategori masing-masing mulai 1 September 2017 hingga 30 September 2018
  • Penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Induk Anugerah Inovasi Tahun 2018 JaPen ke alamat berikut:

JAWATANKUASA INDUK ANUGERAH INOVASI 2018 JaPen
CAWANGAN PENINGKATAN KUALITI DAN INOVASI
BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK
JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
ARAS 14, KOMPLEKS KKMM
LOT 4G9, PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA
(U.P.:  PUAN AZLINA BINTI ABDUL RAHMAN)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Faks : 03 – 8911 3589

 

  • Setiap penyertaan perlu menggunakan borang berasingan.
  • Penyertaan yang melepasi tarikh tutup dan tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan.
  • Pertanyaan lanjut berkaitan pertandingan boleh diajukan terus kepada Jawatankuasa Kecil Anugerah berkenaan seperti di LAMPIRAN JK-1.
  • Pemenang Anugerah akan diumumkan pada Program Hari Inovasi dan Kecemerlangan JaPen Tahun 2018.
  • Pihak Jawatankuasa Induk berhak mengumumkan bahawa tiada calon yang layak diumumkan sebagai pemenang sekiranya didapati tiada calon yang memenuhi kriteria.
  • Tarikh tutup penyertaan dan penghantaran borang untuk adalah pada 19 Oktober 2018 (Jumaat).
  • Keputusan Panel Penilai adalah adalah MUKTAMAD

 PROSES PENILAIAN 

Penilaian dan pemilihan adalah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

  • Borang dan dokumen sokongan hendaklah diterima oleh Jawatankuasa Induk Anugerah Inovasi 2018 JaPen sebelum atau pada 19 Oktober 2018 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.
  • Hanya penyertaan yang memenuhi syarat pertandingan sahaja akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kecil Anugerah untuk dibuat penilaian.
  • Penilaian dan pemarkahan akan dilaksanakan oleh Panel Penilai bagi setiap Jawatankuasa Kecil Anugerah yang telah dilantik berdasarkan kriteria yang dinyatakan dalam setiap anugerah yang dipertandingkan.
  • Bagi Kategori Anugerah Berkumpulan, hanya penyertaan yang telah disenarai pendek sahaja akan dinilai secara teknikal dan fizikal tanpa sebarang notis.
  • Keputusan Panel Penilai akan diangkat kepada Panel Khas Anugerah Inovasi Tahun 2018 JaPen untuk pengesahan.

Kriteria yang diutamakan dalam proses penilaian dan pemilihan pemenang adalah seperti berikut:

  • Kreativiti - Inovasi yang diperkenalkan hendaklah kreatif sama ada yang baharu atau yang telah diadaptasi.
  • Kesignifikanan - Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi faedah yang jelas kepada peningkatan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.
  • Kecekapan - Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat menyumbang kepada cara bekerja yang lebih cekap, cepat, tepat dan mudah atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan.
  • Replicability - Terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh pihak-pihak lain yang berkaitan secara terus atau dengan diubahsuai mengikut keperluan.
  • Keberkesanan Kos - Terdapat bukti yang nyata inovasi dapat meningkatkan produktiviti, mempermudahkan atau memperjelaskan suatu konsep dalam pengajaran dan pembelajaran atau penyelidikan dengan kos yang sama atau lebih rendah.
  • Potensi Pelaksanaan - Terdapat bukti inovasi telah berjaya dilaksanakan sama ada secara penuh atau percubaan dan mencapai matlamat ianya diperkenalkan.

Cetak Emel