ANAK2 MALAYSIA

PROGRAM ANAK-ANAK MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia sedang mengenal pasti dan mengumpul data serta maklumat berkaitan rakyat negara ini yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara iaitu 31 Ogos 1957 dan 16 Sept 1963.

Pengumpulan data dan maklumat mereka yang lahir pada dua tarikh tersebut bertujuan mengundang mereka terlibat dalam apa jua program kenegaraan pada masa akan datang. Menurut rekod yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat 70,722 orang yang dilahirkan pada 31 Ogos 1957 dan 11,574 orang pada 16 September 1963.

Justeru, pada tahun ini, Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN) bercadang mengambil inisiatif sebagai agensi yang bertanggungjawab mengumpul data anak-anak Malaysia ini dengan mendapatkan kerjasama dari pelbagai agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO’s).

Program Anak-Anak Malaysia 2017 merupakan salah satu daripada 16 program anjuran Jabatan Penerangan yang dirancang pada tahun ini bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan Ke-60. Program yang diilhamkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan ini merupakan susulan daripada program Himpunan Anak-Anak Merdeka yang telah  diadakan pada 2007 oleh Jabatan Penerangan Malaysia.

 

Objektif Program adalah:-

a) Menyatukan mereka yang lahir pada 31 Ogos 1957 dan 16 September 1963.

b) Menanamkan semangat patriotisme yang tinggi dan cintakan negara.

c) Melestarikan kesepaduan dalam kalangan masyarakat dengan anak- anak Malaysia berkongsi aspirasi masa hadapan bersama generasi millenia.

d) Menyemai rasa kasih sayang dan saling hormat - menghormati.

Cetak Emel