PROGRAM PEWARIS MUDA

LATAR BELAKANG

Program Pewaris Muda merupakan program tahunan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang diadakan sejak tahun 2003 bermula di Pulau Pangkor, Perak manakala di peringkat kebangsaan bermula sejak tahun 2013 di lokasi-lokasi berikut:

Program berkonsepkan keluarga angkat ini melibatkan penyertaan para pelajar daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta telah layak mengundi.

OBJEKTIF

  • Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda;
  • Membentuk rangkaian genersi muda yang dapat membantu JaPen dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan kepada rakan sebaya secara khusunya dan rakyat secara umumnya;
  • Memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira kaum, bangsa dan agama; dan
  • Memupuk nilai-nilai murni dan pembentukan jati diri ke arah pembentukan generasi muda yang berdisiplin dan berkualiti

PELAKSANAAN

Program ini berkonsepkan Keluarga Angkat yang diadakan selama empat (4) hari dan tiga (3) malam dengan menempatkan peserta yang terdiri daripada pelajar dari IPTA dan IPTS yang dijemput untuk tinggal bersama keluarga angkat di sebuah kampung terpilih di samping melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia.

AKTIVITI TERKINI

  • Tajuk : Program Pewaris Muda Peringkat Negeri

Tarikh             : Mulai Februari – September 2018

Tempat           : Seluruh negeri

 

  • Tajuk : Program Pewaris Muda Peringkat Kebangsaan

Tarikh             : 10 – 13 Oktober 2018

Tempat           : Kampung Parit Bugis, Muar, Johor

PENUTUP

Pelaksanaan Program Pewaris Muda peringkat Jabatan Penerangan Negeri ini diharap dapat mencapai objektif yang digariskan ke arah memperkukuh dan mempertingkatkan semangat cintakan negara dan jati diri dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda.

Cetak Emel