KEMBARA MERDEKA NEGARAKU

LATAR BELAKANG

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang merupakan aktiviti tahunan Jabatan dan sebelum ini dikenali dengan nama program Semarak Merdeka 1Malaysia yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Sehubungan itu, Jabatan Penerangan Malaysia akan mengadakan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 di seluruh negara.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara ke 61.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan semangat patriotisme dan rasa cintakan tanah air dikalangan rakyat Malaysia berbilang bangsa.
  • Meningkatkan dan mengembalikan keyakinan serta sokongan rakyat kepada kerajaan dan dasar-dasar serta program-program kerajaan.
  • Menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.
  • Menghayati semangat Rukun Negara yang menjadi tonggak perpaduan sebagai panduan dan amalan hidup rakyat Malaysia.
  • Meningkatkan kesedaran dan menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa.
  • Menggalakkan penyertaan golongan muda khususnya generasi TN 50 di dalam setiap aktiviti dan program kerajaan.
  • Mewujudkan kebersamaan dan semangat perpaduan di kalangan rakyat (Unity through foods) melalui penyertaan para pengusaha Food Trucks.

TEMA

Mengikut Tema Hari Kebangsaan “SAYANGI MALAYSIAKU”

‘FLAG OFF’

Majlis pelancaran peringkat kebangsaan/ ‘Flag Off’ dicadangkan akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang.

SASARAN

Sasaran untuk kempen ini adalah masyarakat berbilang kaum terdiri daripada :-

  • Masyarakat bukan bumiputera di bandar/luar bandar.
  • Kakitangan Swasta
  • Pekerja Industri/Kilang
  • Ahli NGO's
  • Pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
  • Ahli Komuniti 1Malaysia
  • Kakitangan Kerajaan
  • Pelajar sekolah
  • Belia-Beliawanis
  • Pesara

PENUTUP

Perlaksanaan program ini dijangka mendapat sambutan daripada semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.Program ini akan dapat meningkatkan semangat tanggungjawab sebagai warganegara dengan mengibarkan Jalur Gemilang semasa perayaan menyambut Hari Kemerdekaan. Meningkatkan semangat perpaduan nasional dikalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Cetak Emel