MERDEKA@KOMUNITI

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Bil1.2016 yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia (pada ketika itu) telah melantik Ketua Pengarah Jabatan Penerangan sebagai Pengerusi Jawatankuasa MERDEKA@KOMUNITI sebagai salah satu segmen dalam sambutan Bulan Kebangsaan tahun 2016.

Pada tahun 2017 program ini diteruskan lagi selepas impak jelas mengenai keghairahan orang ramai mengadakan pelbagai aktiviti sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2016. Fenomena sambutan yang meluas di seluruh negara bukan sahaja berlaku di ibu negeri, daerah, pekan kecil tetapi juga sehingga ke kawasan kampung dan pedalaman. Sejumlah 1,154 aktiviti Merdeka@Komuniti telah direkodkan diseluruh negara antara bulan Julai sehingga September 2016.

OBJEKTIF

  • Menyuntik kesedaran awal (early awareness) kepada rakyat mengenai sambutan Bulan Kebangsaan;
  • Meningkatkan dan menggelorakan semangat patriotik dan cintakan negara secara menyeluruh melalui gerakan Muafakat Komuniti Malaysia dan masyarakat di seluruh negara melalui gerakan akar umbi (groundswell); dan
  • Menggalak dan menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan melalui penglibatan pelbagai lapisan peringkat latar belakang.

PELAKSANAAN

  • Merdeka@Komuniti peringkat daerah;
  • Merdeka@Komuniti peringkat komuniti;
  • Merdeka@Komuniti di sekolah - sekolah;
  • Merdeka@Komuniti di pit-stop Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG); dan
  • Merdeka@Komuniti di Pusat Maklumat Rakyat bertempat di UTC terpilih.

AKTIVITI TERKINI

Pelaksanaan Merdeka@Komuniti di seluruh negara mulai 15 Julai – 30 September 2018. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah pemasangan bendera, Bicara Tokoh, penyampaian Jalur Gemilang, Ambang Merdeka, Tayangan Layar Bestari dan aktiviti rekreasi.

PENUTUP

Melalui program sebegini semangat patriotik dalam kalangan rakyat boleh diterapkan di samping memeriahkan dan menggelorakan lagi sambutan bulan kebangsaan pada setiap tahun.

Cetak Emel