MUAFAKAT KOMUNITI MALAYSIA

SEJARAH

Muafakat Komuniti Malaysia (MKM) pada awalnya dikenali dengan nama K2P iaitu Kumpulan Pendengar dan Penonton ditubuhkan pada 21 November 1987 di Tapah, Perak. Awal penubuhannya bertujuan membantu Kementerian Penerangan (nama lama bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia) khususnya Jabatan Penyiaran Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapatkan maklum balas terhadap rancangan-rancangan yang disiarkan di radio dan televisyen bagi meningkatkan maklumat pendengar dan penonton.

Bagaimanapun, penyertaan Kumpulan Utusan Malaysia (M) Bhd pada tahun 1989 telah mengubah nama K2P kepada K3P iaitu singkatan kepada Kumpulan Pendengar, Penonton dan Pembaca. Peralihan ini bertujuan untuk mengembang dan mempelbagaikan aktiviti K3P supaya skop aktivitinya lebih luas.

Mulai 1 Julai 2000, Kementerian Penerangan telah menyerahkan sepenuhnya tugas urus setia K3P Kebangsaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia. Nama K3P kemudiannya dijenamakan pula kepada Komuniti Bestari oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 di Melaka International Trade Centre (MITC), pada 12 Oktober 2004.

Pada tahun 2010, Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan dengan nama Komuniti 1Malaysia. Nama Komuniti 1Malaysia telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak, pada 19 Disember 2010.

Nama Komuniti 1Malaysia ini telah dijenamakan semula kepada Muafakat Komuniti Malaysia pada 21 Julai 2018 atas keputusan Pengurusan Tertinggi Japen dalam Mesyuarat Perancangan Strategik Hala Tuju Jabatan Penerangan Malaysia Bil1.2018 di Berjaya Hotel, Georgetown, Pulau Pinang pada 20 hingga 22 Julai 2018.

DEFINASI MUAFAKAT KOMUNITI MALAYSIA

Sebuah badan sukarela pelbagai kaum yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan untuk merealisasikan aspirasi Rukun Negara.

KONSEP

Satu gerakan rakyat secara sukarela, dinamik dan berwawasan berasaskan semangat Rukun Negara.

VISI

Masyarakat Terhubung dan Berinformasi.

MISI

Membentuk rakyat yang bermaklumat dan memperkasa perpaduan.

OBJEKTIF

Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum, meningkat ilmu pengetahuan dan menjadi agen perubahan masyarakat.

SLOGAN

“PENGGERAK TRANSFORMASI RAKYAT ”

PELAKSANAAN

  • Sepakat @Komuniti Negeri di Peringkat Negeri
  • Sepakat@Komuniti Daerah di Peringkat Daerah
  • Sepakat@Komuniti di Peringkat Komuniti

PENUTUP

Selaras dengan konsep gerakan rakyat secara sukarela dan visi dan misinya menjadikan rakyat sebagai masyarakat terhubung dan berinformasi MKM akan menjadi jambatan dalam memasarkan maklumat antara kerajaan dan rakyat demi mencapai hasrat kerajaan.

Cetak Emel