• Laman Utama
  • PROGRAM
  • PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN

PERTANDINGAN KECERIAAN BULAN KEBANGSAAN

LATAR BELAKANG

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Keceriaan Merdeka. Sebelum itu, dikenali sebagai Program Penghargaan Keceriaan Bulan Kemerdekaan.

Program Penghargaan Keceriaan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan pada tahun 2010 di seluruh negara melibatkan sebanyak 61 penyertaan dan pada tahun 2011 sebanyak 356 penyertaan. Manakala pada tahun 2012, pertandingan ini telah menarik sebanyak 871 dan bilangan penyertaannya terus meningkat pada tahun 2015 sebanyak 2,008 penyertaan dan sebanyak 2,590 penyertaan yang melibatkan 27,000 orang terlibat dari seluruh negara pada tahun 2016.

Pertandingan ini memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran jalur gemilang di kampung/bangunan/premis masing-masing.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan semangat patriotik yang tinggi melalui kreativiti pengibaran jalur gemilang sempena sambutan hari kemerdekaan negara.
  • Meningkat kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dikalangan rakyat Malaysia.
  • Menggalakkan pengibaran Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan.
  • Mendorong dan mencetus kreativiti rakyat dalam menyemarak sambutan kemerdekaan negara.

TEMA

Mengikut Tema Hari Kebangsaan “SAYANGI MALAYSIAKU”

IMPAK

  • Kreativiti keceriaan pengibaran jalur gemilang di bangunan dan premis kerajaan dan swasta dapat dipertingkatkan.
  • Kefahaman cintakan Jalur Gemilang dan kemerdekaan bermula dari peringkat kanak-kanak dapat dizahirkan.
  • Pertandingan ini mampu meningkatkan kesedaran dan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
  • Menzahirkan kreativiti rakyat dalam merayakan Hari Kebangsaan melalui hiasan Jalur Gemilang

PENUTUP

Adalah diharapkan Program Penghargaan Keceriaan Bulan Kebangsaan akan menyemarakkan penglibatan orang ramai untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan melahirkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Cetak Emel