PERTANDINGAN PIDATO KENEGARAAN

LATAR BELAKANG

Pertandingan Pidato Kenegaraan adalah sebagai salah satu medium bagi menggalakkan serta mencungkil bakat berpidato disamping meningkatkan semangat kecintaan terhadap Negara.

Pertandingan Pidato Kenegaraan bagi tahun 2018 akan dibuka penyertaannya kepada semua warganegara bertujuan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 melalui pembudayaan Bahasa Kebangsaan serta penglibatan semua kaum di dalam pertandingan ini.

Pertandingan ini memberi fokus utama kepada suasana keceriaan sambutan kemerdekaan serta kreativiti pengibaran jalur gemilang di kampung/bangunan/premis masing-masing.

OBJEKTIF

  • Untuk meningkatkan rasa kecintaan serta kebanggaan masyarakat terhadap Negara;
  • Untuk memupuk, menyuburkan, mengukuhkan dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia;
  • Untuk memperkasakan lagi penggunaan bahasa Kebangsaan oleh pelbagai kaum di dalam kehidupan seharian;
  • Untuk menggalakkan serta mencungkil bakat berpidato dalam kalangan masyarakat;

TEMA

Mengikut Tema Hari Kebangsaan “SAYANGI MALAYSIAKU”

PENUTUP

Pertandingan Pidato Kenegaraan merupakan platform terbaik yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi mencungkit bakat para peserta dan memberi peluang untuk mengasahkan bakat di peringkat kebangsaan.

Diharap menjadi dorongan dan motivasi kepada generasi muda untuk membina negara bangsa mengikut acuan kepimpinan negara.

Cetak Emel