Atas amanah melalui jawatan dan kuasa yang diberikan, saya bertekad untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya dengan setia, mesra dan amanah ke arah matlamat Jabatan. Oleh yang demikian saya akan;
-
Mendisiplinkan diri supaya bertindak untuk menggalakkan setiap amalan baik, mencegah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
-
Bekerja dengan semangat berpasukan melalui permuafakatan, persefahaman dan sentiasa bersyukur serta berkongsi dalam setiap kejayaan atau kegagalan;
-
Memastikan segala arahan dan tugas dilaksanakan dengan penuh ketaatan, menyemaikan sifat amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas;
-
Bersikap terbuka, sanggup menghadapi cabaran dan saingan dalam perubahan semasa dengan membentuk sikap yang positif demi menjaga imej Jabatan; dan
-
Berusaha untuk meningkatkan lagi kecekapan, profesionalisme serta kecemerlangan diri melalui ilmu pengetahuan, amanah dan kemahiran secara berterusan.




