Piagam Pelanggan

Kami berjanji menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing dengan :-

  1. Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat semasa dan mudah difahami dalam tempoh 14 hari bekerja.
  2. Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat dan terkini dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh isu berbangkit.
  3. Memberi khidmat perundingan pengurusan media yang berkesan dalam tempoh berikut :
Kad Perakuan Media - 3  hari bekerja
Nota Kepada Pengarang - 2  hari bekerja sebelum acara berlangsung
Siaran Media - 2  jam selepas maklumat diterima
Promosi dan Aktiviti Jabatan                           - 14  hari bekerja

    4. Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami dalam tempoh berikut:

Risalah dan Poster - 14  hari bekerja
Nota Kepada Pengarang - 28  hari bekerja
Buletin / Majalah - 56  hari bekerja
Buku / Kad Program                           - 7  hari bekerja
Buku Mewah (Coffee-Table) - 180  hari bekerja

   5.  Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh 2 hari bekerja.

   6. Menyediakan khidmat kepakaran Komunikasi Visual dalam mereka bentuk bahan penerbitan dan publisiti luar Jabatan,
    mengurus pameran yang bermaklumat dan menarik serta produksi multimedia dan liputan fotografi dalam tempoh berikut:

Mereka bentuk bahan penerbitan
Risalah/Poster - 5  hari bekerja
Buku kecil - 7  hari bekerja
Buletin/Majalah - 7  hari bekerja
Buku bergambar        - 14  hari bekerja
Publisiti Luar Jabatan - 16  hari bekerja
Mengurus Pameran - 10  hari bekerja dengan bahan yang sedia ada
Produksi Multimedia
Promo Televisyen - 14  hari bekerja
Laman Sesawang Jabatan - 5  hari bekerja
Klip video (durasi 10 minit) - 30  hari bekerja
Liputan Fotografi - 1  hari bekerja

   7.  Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dalam tempoh berikut:

Akuan penerimaan - 1  hari bekerja
Maklum balas awal                                         - 3  hari bekerja

   8.  Menyediakan kemudahan bahan alat siaran raya dan multimedia dalam tempoh 14 hari bekerja.

CetakEmel