Laporan Bengkel Penulisan Berkesan

PENULISAN 2       IMG 3454

1. Ringkasan Laporan
Bahagian Penerbitan Dasar Negara, telah mengadakan Bengkel Penulisan Berkesan di Aras 15, Bilik Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Penerangan Malaysia pada 23 – 24 Mac 2017.


2. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dari bahagian dan Japen Negeri :
• Bahagian Penerbitan Dasar Negara
• Bahagian PSP
• Bahagian PKPM
• Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
• Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu
• Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat
• Bahagian Komunikasi Visual
• Cawangan Perhubungan Antarabangsa
• Japen Wilayah Persekutuan
• Japen Shah Alam
• Japen Hulu Langat
• Japen Negeri Sembilan

3. Bengkel ini dikelolakan oleh dua orang panel jemputan khas iaitu Prof. Madya Dr. Normah Mustaffa, Pensyarah, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Encik Ayob Bin Abd. Razid, Pegawai Penerbitan Dasar Negara. Bengkel Penulisan Berkesan telah disempurnakan oleh, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia pada 24 Mac 2017.


4. Bengkel ini bertujuan membantu dan menambahkan maklumat, pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam bidang penulisan penerbitan artikel, majalah, buku kecil dan buku mewah. Selain itu bengkel ini juga diharapkan dapat membantu pegawai dalam memastikan penulisan yang dihasilkan berkualiti dan dalam pada masa yang sama, imej dan reputasi Jabatan Penerangan Malaysia dapat ditingkatkan melalui penguasaan kemahiran penulisan.

CetakEmel