Bantuan

TIADA AKSES W3C

Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.


A) Pengguna cacat penglihatan;

Dapatkan IE Page Reader di sini.

Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.


B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Laman Web akan berubah serta-merta.


C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Laman Web. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.


D) QR-KOD;

Kini anda boleh melayari Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia versi mudahalih menerusi telefon bimbit atau PDA (Smartphone) dengan hanya melalui Kod QR-JaPen. Anda hanya perlu:

Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan Smartphone anda
Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR JaPen di bawah dengan menggunakan kamera dari Smartphone anda:

qr

Anda akan terus dibawa ke Laman Web Rasmi Jabatan Penerangan Malaysia versi mudahalih

Kandungan dan maklumat di dalam Mobile Web JaPen ini akan ditambah dari masa ke semasa.

Cetak Emel