PENGISAHAN KENEGARAAN

LATAR BELAKANG

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia mula diadakan pada tahun 2003 yang disempurnakan oleh Y.B. Datuk Zainuddin Maidin, Timbalan Menteri Penerangan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Jalan Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada 12 Oktober 2003. Konsep pelaksanaan pertandingan mula diubah pada tahun 2007 yang melibatkan penyertaan kepada semua lapisan kaum.

OBJEKTIF

  • Menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa – peristiwa bersejarah dan juga tokoh – tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysia.

  • Mewujudkan ruang yang boleh digunakan oleh masyarakat umum untuk mengungkapkan pandangan, pendapat dan manifestasi peribadi mengenai program - program pengisian kemerdekaan yang telah dilaksanakan oleh para pemimpin negara dan juga tokoh – tokoh yang telah diberi penghargaan di peringkat negeri dan juga kebangsaan seperti Tokoh Maal Hijrah, Tokoh Ibu Mithali, Tokoh Usahawan Berjaya Dalam Pembangunan Negara dan sebagainya lagi.

  • Memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh negara semasa berjuang menentang penjajahan dan membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah.

TEMA

 Mengikut Tema Hari Kebangsaan “SAYANGI MALAYSIAKU”

PELAKSANAAN

Pertandingan Peringkat Negeri
Pertandingan Peringkat Kebangsaan

IMPAK PROGRAM

  • Meningkatkan jatidiri rakyat dan semangat patriotik.

  • Merakyatkan kefahaman dan penghayatan sejarah perjuangan tokoh-tokoh.

  • Mendidik warga bangsa yang mempunyai sifat positif dalam menghargai pengorbanan dan perjuangan serta sumbangan tokoh-tokoh negara.

  • Membugarkan budaya penceritaan dan seni dalam penyampaian mesej.

PENUTUP

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan adalah aktiviti komunikasi bersemuka berkonsepkan seni lakon dan penceritaan. Ia merupakan kaedah pembujukan yang menggabungkan kesemua kaedah komunikasi yang bermatlamatkan membentuk minda masyarakat bersatu padu, patriotik, bestari dan cintakan negara.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan merupakan platform terbaik yang disediakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia bagi mengangkat martabat tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara.

Diharap menjadi dorongan dan motivasi kepada generasi muda untuk membina negara bangsa mengikut acuan kepimpinan negara.

Cetak Emel