KOMUNITI 1 MALAYSIA

LATAR BELAKANG KOMUNITI 1MALAYSIA

  • Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah bersetuju supaya Komuniti Bestari dijenamakan semula kepada Komuniti 1Malaysia selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
  • Komuniti 1Malaysia adalah merupakan penjenamaan semula Komuniti Bestari yang telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia pada 19 Disember 2010 di Dataran Jubli Emas, Limbang, Sarawak.
  •  Penubuhan ini adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan Malaysia yang menumpukan aspek Gagasan 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.

 DEFINISI KOMUNITI 1MALAYSIA 

  • Sebuah badan sukarela pelbagai kaum yang ditubuhkan oleh Jabatan Penerangan bagi memupuk nilai-nilai perpaduan untuk merealisasikan aspirasi negara.
 VISI
  • Komuniti 1Malaysia peneraju maklumat dan perpaduan rakyat.

MISI

  • Membentuk rakyat yang bermaklumat dan memperkasa perpaduan.

SLOGAN

“PENGGERAK TRANSFORMASI RAKYAT ”

OBJEKTIF

  •  Memperkasakan semangat perpaduan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum.
  •  Memupuk semangat kesukarelaan dan berdikari.
  • Meningkatkan serta menyebar ilmu pengetahuan.
  • Menjadi agen perubahan dalam komuniti.

DASAR PENUBUHAN

  • Komuniti 1Malaysia ditubuh berdasarkan “Satu Mukim Satu Komuniti ”. Walau bagaimanapun komuniti ini boleh ditubuhkan berdasarkan kaum, pelbagai kaum dan kawasan penempatan.
  • Berasaskan kaum - Melayu,Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli, Masyarakat Siam, Campuran Pelbagai Kaum
  • Berasaskan penempatan - Kampung Baru, Estet, Perkampungan Orang Asli, Taman Perumahan, Tanah Rancangan, Kampung tradisional, Penempatan lain

JAWATANKUASA K1M

Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia hendaklah mengandungi ciri-ciri berikut iaitu :- Sekurang-kurangnya 25 orang Ahli Jawatankuasa, Keutamaan berbilang kaum, Pelbagai peringkat umur.

PENTADBIRAN 

Peringkat Negeri

  •  Pengerusi - EXCO Penerangan Negeri / Menteri Wilayah Persekutuan 
  • Setiausaha - Pengarah Jabatan Penerangan Negeri 
  •  Ahli Jawatankuasa

   - Pengerusi Komuniti 1Malaysia Daerah
    - Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri
    - Ketua Biro BERNAMA Negeri
    - Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri
    - Pengarah SKMM Negeri
    - Pegawai Penerangan Daerah
    - Jabatan yang dilantik (berkaitan)

  • Urus setia- Jabatan Penerangan Negeri Kelantan 
  • Bidang Tugas:
        - Melaksanakan dasar, prinsip dan peraturan. 
        - Mencadang penubuhan dan pembubaran Komuniti 1Malaysia. 
        - Merancang dan melaksana aktiviti peringkat negeri.
        - Mengurus peruntukan kewangan.
        - Tugas-tugas lain yang berkaitan.

Peringkat Daerah

  • Pengerusi - Pegawai Daerah 
  • Setiausaha - Pegawai Penerangan Daerah 
  • Ahli Jawatankuasa
        - Pengerusi Komuniti 1Malaysia
        - Pegawai JASA Daerah
        - Jabatan yang dilantik (berkaitan) 
  • Urus setia  - Pejabat Penerangan Daerah
  • Bidang Tugas:
        - Melaksanakan dasar , prinsip dan peraturan.
        - Menguruskan penubuhan dan pembubaran Komuniti 1Malaysia.
        - Merancang dan melaksana aktiviti peringkat daerah.
        - Mengurus peruntukan kewangan.
        - Tugas-tugas lain yang berkaitan.

Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia

  • Penaung / Penasihat
        - Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
  • Pegawai Penyelaras
        - Pegawai Penerangan Daerah / Pembantu Penerangan
  • Pengerusi
        - Pemimpin masyarakat (dilantik oleh Urus setia Daerah) 
  • Timbalan Pengerusi
        - Dilantik 
  • Setiausaha
        - Dilantik 
  • Bendahari
        - Dilantik 
  • Ahli Jawatankuasa
        - 21 orang (Dilantik)
  • Bidang Tugas:
        - Menerima dan menyampai maklumat kerajaan.
        - Merancang dan melaksana aktiviti.
        - Menyediakan laporan aktiviti dan kewangan.
        - Merancang keperluan kewangan.
        - Mengurus aset Komuniti 1Malaysia.
        - Tugas-tugas lain yang berkaitan.

:: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ::

~ Penaung / Penasihat 
    - Memberi galakan dan sokongan kepada jawatankuasa dalam melaksanakan aktiviti.
    - Memberi nasihat dan pandangan kepada jawatankuasa.
    - Membantu jawatankuasa dalam mendapatkan peruntukan kewangan.
    - Tugas lain yang berkaitan.

~ Pengerusi 
    - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan Komuniti 1Malaysia.
    - Bertanggungjawab menubuhkan rakan-rakan ikon.
    - Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
    - Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan.
    - Menjalinkan hubungan dan kesefahaman dengan Komuniti 1Malaysia lain, agensi kerajaan, swasta dan NGOs.
    - Tugas lain yang berkaitan

~ Timbalan Pengerusi 
    - Bertanggungjawab kepada Pengerusi
    - Membantu Pengerusi mentadbir, merancang dan melaksanakan aktiviti.
    - Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

~ Setiausaha
    - Bertanggungjawab terhadap pentadbiran Komuniti 1Malaysia.
    - Menyediakan laporan aktiviti kepada Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah.
    - Memanggil mesyuarat, mencatat, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat.
    - Merekod dan mengurus surat menyurat serta fail-fail.
    - Mengemaskini maklumat di Anjung Komuniti 1Malaysia.
    - Mengurus dan menjaga aset Komuniti 1Malaysia supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

~ Bendahari 
    - Bertanggungjawab kepada urusan kewangan.
    - Menyimpan dan merekod hal-hal berkaitan kewangan.
    - Membentang laporan kewangan setiap kali mesyuarat jawatankuasa.
    - Menghantar penyata kewangan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa kepada Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah 2 kali setahun.
    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

~ Jawatankuasa
    - Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi.
    - Membantu urusan pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti.
    - Menghadiri mesyuarat yang diadakan dari semasa ke semasa.
    - Mengetuai atau menganggotai rakan ikon sekiranya dilantik.
    - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

:: PENUBUHAN & PEMBUBARAN ::

~ KRITERIA PENUBUHAN
    - Komitmen pemimpin dan penduduk tempatan untuk melibatkan diri. 
    - Mukim atau kawasan penempatan yang sesuai.
    - Mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik.
    - Penubuhan berasaskan satu kaum boleh dilaksanakan sekiranya perlu.
    - Keutamaan kawasan yang mempunyai produk ekonomi yang berasaskan pertanian, 
       pelancongan, kraftangan dan lain-lain.
    - Keutamaan kawasan yang mempunyai organisasi JKKK, JKKR, Persatuan penduduk 
       dan NGOs yang berkaitan.
    - Mempunyai kemudahan asas yang bersesuaian bagi mengadakan Anjung 
       Komuniti 1MaIaysia.

~ PROSES PENUBUHAN
    - Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah mengenal pasti mukim / kawasan yang memenuhi 
       kriteria penubuhan dengan mendapat sokongan Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia Daerah.
    - Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah mengemukakan cadangan penubuhan kepada Urus 
       Setia Komuniti 1Malaysia Negeri untuk mendapat perakuan.
    - Urus Setia Komuniti 1Malaysia Negeri mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa 
       Komuniti 1Malaysia Kebangsaan.
    - Komuniti 1Malaysia secara rasmi ditubuhkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Komuniti 
      1Malaysia Kebangsaan.
    - Setiap Komuniti 1Malaysia yang diluluskan penubuhannya akan diberikan Watikah Penubuhan.

~ JAWATANKUASA KOMUNITI 1MALAYSIA
    - Pengurusan Komuniti 1Malaysia peringkat komuniti hendaklah diurus oleh satu Jawatankuasa yang 
      dipanggil ‘ Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia’.
    - Tempoh pelantikan ahli Jawatankuasa Komuniti 1Malaysia adalah selama dua (2) tahun.
    - Proses pelantikan semula bagi jawatan tersebut akan diputuskan oleh Pengerusi Komuniti 1Malaysia 
       Negeri (Exco) dengan mengambil pandangan daripada Urus Setia Komuniti 1Malaysia Negeri dan Daerah.

~ PEMBUBARAN
    - Komuniti 1Malaysia yang tidak aktif akan dibubarkan setelah gagal melalui proses pemulihan seperti berikut:
       1) Nasihat dan bimbingan oleh Urus setia Daerah.
       2) Setelah menerima peringatan daripada Urus setia Negeri / Kebangsaan.
       3) Pemantauan Urus setia Kebangsaan.

   - Ciri-ciri dan pengukuran Komuniti 1Malaysia yang tidak aktif adalah seperti berikut:
      1) Mesyuarat kurang dari 2 kali setahun
      2) Tidak melaksanakan aktiviti utama.
      3) Tidak mengemukakan laporan kewangan 2 kali setahun.
      4) Tidak mengemukakan laporan aktiviti utama.
      5) Gagal memperbaiki kelemahan setelah tindakan pemulihan diambil.
      6) Gagal menguruskan Anjung Komuniti 1Malaysia (jika ada).

   - Tindakan Yang Akan Diambil
      1) Urus setia Negeri akan mengeluarkan surat peringatan.
      2) Peruntukan pengurusan pentadbiran dan aktiviti ditahan.
      3) Jika segala tindakan pemulihan telah diambil tetapi keadaan masih tidak berubah maka Jawatankuasa 
           Komuniti 1Malaysia Daerah akan mencadangkan Komuniti 1Malaysia tersebut dibubarkan.
      4) Urus setia Negeri akan memperakukan cadangan pembubaran tersebut kepada Urus setia Kebangsaan
           untuk dibuat keputusan.

   - Tindakan Selepas Keputusan Pembubaran
      1) Urus Setia Kebangsaan akan memaklumkan keputusan pembubaran secara rasmi kepada Pengerusi 
           Komuniti 1Malaysia Negeri, Daerah dan Komuniti 1Malaysia berkenaan.
      2) Akaun bank ditutup dan semua aset diserahkan kepada Urus Setia Komuniti 1Malaysia Daerah dengan segera.
      3) Kedudukan Anjung Komuniti 1Malaysia akan ditentukanJawatankuasa Komuniti 1Malaysia Daerah.

:: PROGRAM UTAMA KOMUNITI 1MALAYSIA ::

Peringkat Negeri
Nama : “Program Penghayatan 1Malaysia : Komuniti 1Malaysia Peringkat Negeri” 
~ Dilaksanakan di peringkat negeri dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam negeri tersebut.
~ Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
~ Sasaran bagi program ini melebihi 5,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
~ Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
~ Contoh aktiviti seperti Ekspo dan Karnival.

Peringkat Daerah
Nama : “Program Penghayatan 1Malaysia : Komuniti 1Malaysia Peringkat Daerah”
~ Dilaksanakan di peringkat Daerah dengan menggabungkan keseluruhan Komuniti 1Malaysia dalam 
    Daerah berkenaan.
~ Program tersebut merangkumi lima bidang utama.
~ Sasaran bagi program ini melebihi 2,000 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
~ Tempoh pelaksanaan program selama 2 hari.
~ Contoh aktiviti ialah Karnival dan Ekspo.

Peringkat Komuniti
Nama : “Program Penghayatan 1Malaysia : Komuniti 1Malaysia Peringkat Komuniti”
~ Dilaksanakan di setiap Komuniti 1Malaysia.
~ Sasaran bagi program ini antara 300 hingga 500 penglibatan rakyat pelbagai kaum.
~ Tempoh pelaksanaan program selama 1 hari.
~ Contoh aktiviti ialah pameran, sukan rakyat, kenduri kampung, persembahan kebudayaan dan lain-lain.

Aktiviti Lain Dalam Komuniti
Pelaksanaan program peringkat Komuniti 1Malaysia (mukim) dikendalikan secara bersama oleh Pengerusi 
dan Ahli Jawatanakuasa dengan melaksanakan aktiviti seperti :
~ Aktiviti Kenegaraan,
~ Aktiviti berbentuk keagamaan,
~ Hari-hari perayaan,
~ Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan.
~ Khidmat Komuniti
~ Aktiviti Kebudayaan,
~ Aktiviti Pendidikan,
~ Lawatan Sambil Belajar
~ Aktiviti lain yang bersesuaian

 

 

Cetak Emel