AKTIVIS

AKTIVIS SEHATI SEJIWA

AKTIVIS SEHATI SEJIWA diwujudkan untuk menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan anak muda dan belia negara menerusi nilai - nilai kekitaan, bersatu padu serta bekerjasama. Bersama – sama menjayakan aktiviti dan program utama negara, program ini juga dilihat sebagai medan bagi seluruh belia Malaysia untuk mencurahkan bakti usaha secara sukarela kepada negara. Antara peranan anda di dalam program ini adalah sebagai Zumba & Flashmob Happening Crew, Krew Jalur Gemilang, Medical first Aid Team, Human Barricade Team dan lain – lain lagi.

Syarat penyertaannya adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 – 35 tahun

  • Sihat tubuh badan & tiada kecacatan fizikal

  • Berminat menjadi sukarelawan!

Dengan ini, kami berbesar hati menjemput anda sertai kami!

Daftar Di Sini

 

Terma & Syarat

Setiap penyertaan anda sebagai Aktivis Sehati Sejiwa adalah di bawah tanggungjawab dan kerelaan diri anda sendiri. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kematian, atau kehilangan harta benda yang berlaku sewaktu anda sedang menjalani, hadir atau pulang dari kegiatan dan aktiviti Aktivis Sehati Sejiwa, Jawatan Kuasa Program Aktivis Sehati Sejiwa, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia serta Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungjawab kepada perkara-perkara di atas.

Cetak Emel