Etika Kerja

Atas amanah melalui jawatan dan kuasa yang diberikan, saya bertekad untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab saya dengan setia, mesra dan amanah ke arah matlamat Jabatan. Oleh yang demikian saya akan;

  • Mendisiplinkan diri supaya bertindak untuk menggalakkan setiap amalan baik, mencegah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah;

  • Bekerja dengan semangat berpasukan melalui permuafakatan, persefahaman dan sentiasa bersyukur serta berkongsi dalam setiap kejayaan atau kegagalan;

  • Memastikan segala arahan dan tugas dilaksanakan dengan penuh ketaatan, menyemaikan sifat amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas;

  • Bersikap terbuka, sanggup menghadapi cabaran dan saingan dalam perubahan semasa dengan membentuk sikap yang positif demi menjaga imej Jabatan; dan

  • Berusaha untuk meningkatkan lagi kecekapan, profesionalisme serta kecemerlangan diri melalui ilmu pengetahuan, amanah dan kemahiran secara berterusan.

CetakEmel