geografi
Pahang terdiri daripada 11 daerah:
- Bentong
- Bera
- Cameron Highlands
- Jerantut
- Kuantan
- Lipis
- Maran
- Pekan
- Raub
- Rompin
- Temerloh
Ibu negeri Pahang ialah Kuantan manakala Pekan ialah bandar diraja. Bandar utama yang lain termasuk Kuala Lipis, Tanah Rata, Kuala Rompin dan Temerloh. Genting Highlands dan Bukit Fraser merupakan tempat peranginan bukitnya.
Pembahagian etnik berdasarkan kepada bancian tahun 2000 adalah seperti berikut:
- Melayu: 989,473 (76.82%}
- Cina: 228,043 (17.7%)
- India: 64,419 (4.98%)
- Lain-lain: 6,442 (0.5%).
Geografi fizikalnya dibahagikan kepada tiga bahagian:
- tanah tinggi
- hutan hujan
- kawasan pinggir laut.
