Iktizam kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan:-
-
Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;
-
Menyediakan laporan maklumbalas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;
-
Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;
-
Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami serta senang diperolehi;
-
Menyediakan khidmat kepakaran komunikasi visual dalam bentuk fotografi, audio-visual, reka bentuk dan pameran yang bermutu dan menarik dalam tempoh 14 hari dari program penerangan bermula;
-
Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:-
- Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja;
- Maklum balas awal dalam tempoh 15 hari; dan
- Laporan status aduan awam dalam masa 1 bulan
