PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

· Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat , semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;

· Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;

· Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;

· Menyediakan bahan–bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami dan senang diperolehi;

· Menyediakan khidmat kepakaran komunikasi visual dalam bentuk fotografi, audio visual, reka bentuk dan pameran yangbermutu menarik dalam tempoh 14 hari dari program penerangan bermula; dan

· Member maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat berbudai bahasa dalam tempoh masa berikut:

Ø Akuan penerima dalam tempoh masa 1 hari berkerja;

Ø Maklum balas awal dalam tempoh 15 hari; dan

Ø Laporan status aduan awam dalam masa 1 bulan

 

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK

· Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, terkini dan mudah difahami melalui komunikasi bersemuka melalui ceramah, program dan aktiviti jabatan;

· Menyediakan kemudahan internet secara percuma di Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di setiap daerah;

· Mendapatkan dan menerima maklumbalas daripada orang ramai dan menyediakan laporan isu, kajian dan aduan awam yang cepat;

· Mengedarkan bahan – bahan penerbitan yang bermaklumat, terkini, mudah difahami dan berkualiti untuk diedarkan kepada orang ramai; dan

· Memberi khidmat perhubungan awam yang professional untuk menjalinkan hubungan baik antara kerajaan dan masyarakat.