Soalan Lazim

 

1. Tahukah anda sejarah awal penubuhan Jabatan Penerangan Malaysia?

Sejarah penubuhan Jabatan Penerangan dikatakan bermula dari tarikh penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan ( Department of Publicity and Printing ) pada bulan September 1945. Jabatan ini disusun semula untuk disesuaikan dengan pentadbiran sivil mulai 1 April 1946 dan diberi nama baru iaitu Jabatan Perhubungan Raya (Department of Public Relations). Pada tahun 1950 nama itu ditukar kepada Jabatan Penerangan dengan tugas-tugas yang tersusun dan diperluaskan lagi. Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1961.


2. Apakah visi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?

Visi Jabatan Penerangan Malaysia ialah menjadi peneraju utama dan teras dalam menjayakan gagasan 1Malaysia dan pembinaan negara bangsa berteraskan Rukun Negara.

3. Apakah misi Jabatan Penerangan Malaysia dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat jati diri dan cintakan negara?

Misinya Jabatan Penerangan Malaysia ialah menterjemah dan memasarkan dasar dan agenda negara supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui program penerangan.

4. Apakah fungSi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat?

Antara fungsi utama Jabatan Penerangan Malaysia kepada masyarakat ialah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan dasar-dasar, falsafah dan wawasan negara; dan membina, mengukuh dan memperluaskan jaringan komunikasi yang menyeluruh dan berkesan dalam menguruskan maklumat strategik; menyediakan khidmat kepakaran dan penerbitan bahan-bahan maklumat serta komunikasi visual.

5. Sebutkan tiga Piagam Pelanggan Jabatan?

a. Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;
b. Menyediakan laporan maklum balas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;
c. Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;


6. Nyatakan 10 bahagian di Jabatan Penerangan Malaysia?

  • Bahagian Gerak Saraf Dan Pengurusan Isu
  • Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Kewangan
  • Bahagian Komunikasi Visual Dan Seni Reka
  • Bahagian Media Dan Komunikasi Korporat
  • Bahagian Penerbitan Dasar Negara
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Perancangan Strategik Dan Penyelidikan
  • Bahagian Perkhidmatan Komunikasi Dan Perhubungan Masyarakat
  • Bahagian Teknologi Maklumat
  • Cawangan Perhubungan Antarabangsa