Perpustakaan Foto
Perpustakaan Foto Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia diwujudkan pada tahun 1948. Di bawah penyusunan semula Jabatan yang diluluskan pada 1 Oktober 2002, Cawangan Pusat Sumber dan Fotografi telah diwujudkan dan diletak di bawah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka. Koleksi Perpustakaan Foto Persekutuan yang terdiri daripada gambar dan slaid kini berjumlah lebih kurang 2.2 juta keping gambar yang meliputi lebih dari 70 ribu tajuk/liputan yang merangkumi berbagai peristiwa dan sejarah negara. Gambar-gambar dan slaid yang terkumpul ini adalah hasil kerja jurufoto Jabatan yang ditempatkan di Pejabat Penerangan di seluruh cawangan dan negeri di Malaysia.
Foto-foto dalam koleksi Perpustakaan Foto ini meliputi:
- Potret rasmi, aktiviti-aktiviti tokoh negara seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-Sultan, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta menteri-menteri lain.
- Peristiwa-peristiwa penting dalam dan luar negara yang dihadiri oleh pemimpin utama negara.
- Gambar-gambar peristiwa bersejarah negara seperti Hari Kebangsaan, persidangan antarabangsa, acara sukan utama negara, pertabalan, penganugerahan pingat dan lain-lain.
- Gambar-gambar rencana mengenai keadaan masyarakat Malaysia dari segi sosial, ekonomi, kebudayaan dan lain-lain.
Objektif
Menjadi Pusat Kecemerlangan dan Repositori bagi bahan dalam bidang komunikasi dan foto nasional yang autoritatif untuk tujuan rujukan dan penyelidikan. Perpustakaan Foto juga memastikan pengumpulan dan pembangunan koleksi bahan komunikasi dan foto nasional ini terpelihara melalui proses pemeliharaan dan pemuliharaan sebagai khazanah negara yang tidak ternilai kepada Jabatan khususnya dan negara amnya.
Fungsi
- Mengumpul bahan foto dan slaid untuk koleksi Perpustakaan
- Mendokumen dan memelihara satu koleksi bahan-nahan foto dan slaid yang terkumpul sejak tahun 1948.
- Memberi perkhidmatan Perpustakaan , rujukan bahan dan tempahan foto dan slaid untuk kegunaan Jabatan, agensi kerajaan, swasta, orang awam dan penuntut sekolah dan sebagainya.
Koleksi Perpustakaan
Koleksi Perpustakaan Foto yang tersimpan sehingga kini adalah 2.2 juta keping . Penyimpanan koleksi foto terdapat dalam enam format iaitu:
- Foto Warna
- Foto Hitam Putih
- Teraan Lekap (contact print)
- Digital
- CD
- Album dan Slaid
iFoto
iFoto adalah satu pangkalan data atau sistem gambar digital atas talian Jabatan Penerangan Malaysia. Di dalam sistem ini terdapat satu juta imej (foto) berkaitan acara rasmi kerajaan bermula dari tahun 1948 yang telah dirakam oleh ahli fotografi yang bertugas dengan Jabatan Penerangan Malaysia.
Cara Mengakses
ifoto dapat diakses secara atas talian di alamat
http.//ifoto.penerangan.gov.my
Pengguna dapat melihat foto mengikut kategori dan juga perkara menerusi dua cara pencarian gambar di dalam Sistem iFoto iaitu:
a) Melalui album halaman utama
- Album 1957-1970
- Album 1971-1990
- Acara-acara Khas
- Imej terkini
- Kabinet Malaysia
- Perayaan dan festival
- Sambutan Kemerdekaan
- Sebelum 1957
- Yang di-Pertuan Agong
b) Menaip peristiwa yang dikehandaki di Carian Lanjutan
- Deskripsi — Pencarian keseluruhan kapsyen.
- Keywords — Pencarian perkara yang di luar kaitan dengan kapsyen tetapi berkaitan dengan gambar.
- Ringkasan — Pencarian beberapa gambar yang mempunyai tarikh tertentu.
- Tajuk — Carian tajuk / subjek yang lebih pendek dan mudah
Caj Jualan Foto
Caj jualan foto atau imej yang diperolehi dari Perpustakaan Foto Persekutuan telah dikemaskini pada 23 Ogos 2010. Semua bayaran boleh dibuat secara tunai atau menggunakan cek dan alamatkan kepada;
Foto dalam format analog
| Saiz | Ukuran inci | Harga (RM) |
| 3R | 3 x 5 | 3.00 |
| 4R | 4 x 6 | 4.00 |
| 5R | 5 x 7 | 5.00 |
| 8R | 8 x 10 | 10.00 |
| 10R | 10 x 12 | 18.00 |
| 14R | 14 x 17 | 70.00 |
Foto dalam format Digital
| Format | Perolehan Imej | Harga | |
| Soft Copy |
CD
Muat turun imej
(downloading)
|
Tempatan |
Luar Negara |
|
Rm 30.00
(1 Imej)
|
USD 40.00
(1 Imej)
|
||
Waktu Perkhidmatan
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang |
| Jumaat |
8.00 pagi - 12.15 tengahari |
| 2.45 petang - 5.00 petang |
Sila rujuk cara dan syarat untuk mendapat gambar dari Perpustakaan Foto.
Cara Dan Syarat Untuk Mendapatkan Gambar Dari Perpustakaan Foto Oleh Agensi Kerajaan, Syarikat Dan Orang Ramai
1. Surat Permohonan Rasmi
- Surat Permohonan rasmi diperlukan dari Agensi Kerajaan atau Syarikat tuan/puan. Nyatakan dalam surat tersebut jenis gambar yang diperlukan dan tujuan gambar akan digunakan. (Misalan : Buku Cenderamata, Majalah, Buku Teks, Pameran, dan sebagainya)
- Syarikat yang membuat penerbitan untuk Agensi Kerajaan mestilah mendapat surat pengesahan dari Agensi berkenaan sebelum memohon untuk mendapatkan gambar dari Perpustakaan Foto. Surat asal tersebut hendaklah di bawa bersama semasa membuat permohonan untuk mendapatkan gambar.
- Gambar-gambar aktiviti keluarga Di-Raja, tokoh-tokoh politik dan Kerajaan untuk penerbitan biografi, buku bergambar dan sebagainya perlulah terlebih dahulu mendapat surat kelulusan dari pihak-pihak yang berkenaan, misalnya pihak istana, Jabatan Perdana Menteri dan individu terbabit. Sila lampirkan salinan surat berkenaan bersama permohonan tuan/puan.
- Surat rasmi ini diperlukan pada setiap kali pihak tuan/puan hendak memohon gambar dari Perpustakaan Foto.
- Sila alamatkan surat menyurat kepada :-
Jabatan Penerangan Malaysia,
50350 Kuala Lumpur.
2. Tempahan Gambar
- Gambar yang dipilih boleh dibuat tempahan dengan mengisi borang yang disediakan di kaunter Perpustakaan Foto.
- Pencetakan gambar analog akan dibuat oleh syarikat gambar yang dilantik oleh Jabatan.
- Perpustakaan Foto tidak memberi perkhidmatan pinjaman bahan.
- Semua tempahan gambar mestilah dibayar sepenuhnya semasa membuat tempahan sama ada secara tunai atau cek.
- Agensi Kerajaan boleh mengguna LO (Pesanan Tempatan) bagi tempahan yang dibuat.
- Gambar-gambar yang dibeli akan di catatkan nombor rujukan negatif sahaja.Kapsyen hendaklah disediakan oleh pemohon sendiri.
3. Tempoh Siap
- Tempoh siap ialah di antara 3 hingga 5 hari berkerja.
- Pemohon boleh datang sendiri atau menghantar wakil untuk mengambil gambar apabila siap.
- Perpustakaan Foto tidak menyediakan perkhidmatan pos.
4. Hakcipta
- Hakcipta gambar adalah milik Jabatan Penerangan Malaysia.
- Sila catatkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia bagi gambar-gambar yang digunakan oleh pihak pemohon di dalam penerbitan yang dihasilkan .
- Sila beri satu salinan bahan penerbitan kepada Perpustakaan Foto Persekutuan Jabatan Penerangan Malaysia sebagai bahan rujukan.
5. Tanggungjawab
- Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa dakwaan sekiranya gambar disalahgunakan.
- Gambar tidak boleh diperniagakan, disalin semula atau dipindahmilik tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia.
- Gambar-gambar yang ditempah akan dilupuskan oleh pihak Perpustakaan Foto Persekutuan sekiranya tidak dikutip selepas tempoh enam bulan dari tarikh tempahan.
Peraturan dan syarat-syarat penggunaan gambar
- Gambar yang diperoleh tidak boleh digunakan untuk tujuan menjejas atau memburukkan imej negara/ individu/ keadaan
- Tidak dibenarkan pindah milik, memperniagakan, menyalin semula dalam apa jua cara dan medium gambar yang diperoleh.
- Jabatan Penerangan Malaysia tidak boleh dipertanggungjawab ke atas kesan penyalahgunaan gambar dari segi undang-undang.
- Tidak dibenarkan membuat perubahan kepada gambar asal melalui apa cara dan medium.
- Mencatat penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia iaitu pemegang hak milik gambar di dalam penerbitan / bahan yang menggunakan gambar daripada Perpustakaan Foto Persekutuan.
- Menyerah satu naskah setiap bahan atau penerbitan seperti buku, CR-ROM, majalah, poster dan sebagainya yang telah menggunakan gambar daripada Perpustakaan Foto Persekutuan .
PUSAT SUMBER TAN SRI MUBIN SHEPPARD
Pusat Sumber Jabatan Penerangan bermula dengan Unit Bahan, Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) sekitar tahun 2004. Selepas cadangan penyusunan semula dilaksanakan, Pusat Sumber menjadi sebuah unit di bawah Cawangan Pusat Sumber dan Fotografi, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS). Kini Pusat Sumber ini dikenali sebagai Pusat Sumber Tan Sri Mubin Sheppard bersempena dengan nama Ketua Pengarah Penerangan yang pertama (1946-1947).
Visi
Menjadi sebuah pusat sumber yang menyediakan sumber-sumber ilmu yang berkualiti dan relevan bagi memenuhi keperluan maklumat jabatan.
Misi
Membangun dan memperlengkapkan koleksi bahan sebagai pusat kecemerlangan sumber ilmu dan pusat rujukan setempat dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam negara.
Objektif
- Menjadi pusat kecemerlangan dan repository bagi bahan dalam bidang komunikasi dan penerbitan dasar-dasar kerajaan yang autoritatif untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.
- Memastikan koleksi-koleksi ini terpelihara melalui proses pendokumentasian dan pemeliharaan / pemuliharaan bahan yang merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada Jabatan dan negara amnya.
Fungsi
- Memperoleh bahan-bahan rujukan terkini melalui pembelian serta hadiah dan pertukaran.
- Menjalankan pendokumentasian bahan mengikut standard kebangsaan dan antarabangsa.
- Memberi perkhidmatan rujukan, perujukan dan penyelidikan kepada kakitangan Jabatan dan orang ramai.
- Memberi perkhidmatan pinjaman bahan termasuk Pinjaman Antara Perpustakaan dan Pinjaman Berkelompok bahan bacaan ringan dari Perpustakaan Negara Malaysia.
- Memberi perkhidmatan kesedaran semasa seperti senarai terkini perolehan perpustakaan, mukasurat kandungan majalah yang dilanggan, pameran buku baru dan lain-lain.
- Menjalankan perkhidmatan galakan membaca seperti program `Desk to Desk’ sebagai inisiatif untuk melahirkan warga jabatan yang cintakan ilmu dengan membudayakan aktiviti membaca.
Koleksi Perpustakaan
Koleksi Perpustakaan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
- Koleksi bercetak
- Koleksi tidak bercetak
Koleksi bercetak terdiri daripada:
- Buku
- Jurnal
- Annual Report / Laporan Tahunan
- Buletin
- Majalah
- Surat Khabar – Harian Metro, Utusan Malaysia, The Stars, Berita Harian dan Kosmo
Koleksi tidak bercetak terdiri daripada:
- CD
- VCD
- Audio Visual
Program Desk to Desk
Pusat Sumber Tan Sri Mubin Sheppard, Jabatan Penerangan Malaysia mula melaksanakan program `Desk to Desk’ pada bulan Januari 2010. Program ini berkonsepkan pinjaman buku secara terus dari Pusat Sumber Jabatan ke meja kakitangan jabatan oleh kakitangan Pusat Sumber. Secara langsung ianya dapat meningkatkan perkhidmatan perpustakaan lebih berorientasikan pengguna dan sekaligus menjadikan minat dan tabiat membaca sebagai gaya hidup seharian kakitangan organisasi ini.
Objektif Program
- Membantu pengguna khususnya kakitangan jabatan yang sibuk yang tidak berkesempatan ke Pusat Sumber untuk mendapatkan bahan bacaan dengan lebih mudah.
- Menggalakkan komunikasi serta jalinan kerjasama yang harmoni di antara petugas perpustakaan dengan seluruh kakitangan organisasi.
- Untuk meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan tentang kepentingan membaca
- Untuk meningkatkan ilmu kakitangan yang bernaung dibawah organisasi ini serta menyemarakkan budaya membaca .
Peraturan-peraturan Pusat Sumber.
- Pembaca tidak dibenarkan membuat tanda dengan pensel, melipat surat buku, merosakkan buku-buku, majalah, alat-alat, perabot-perabot dan barang-barang lain.
- Buku-buku rujukan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Pusat Sumber kecuali buku yang dipinjam.
- Pembaca tidak dibenarkan tidur atau baring di atas meja, kerusi atau lantai.
- Pembaca dilarang mengalih dan menyalahgunakan perabot-perabot Pusat Sumber seperti kerusi dan meja.
- Tidak dibenarkan makan/minum/ merokok di dalam Pusat Sumber.
- Pengguna tidak dibenarkan bercakap dengan kuat hingga menganggu pengguna lain.
- Pegawai dan kakitangan berhak menghalang pengguna membuat pinjaman sekiranya tidak mematuhi peraturan Pusat Sumber yang ditetapkan.