Majlis Perjumpaan Khas Pengarah JaPen bersama MPK1M 2017

Majlis Perjumpaan Khas Pengarah JaPen bersama MPK1M

Majlis Perjumpaan Khas Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Majlis Pemuafakatan Komuniti 1Malaysia (MPK1M) Negeri Terengganu diadakan pada 14 November 2017 di Restoran Matahari, Kuala Terengganu.

Perjumpaan yang dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Encik Nasrudin H.Mahmud bertujuan bagi perbincangan hala tuju serta program yang akan dilaksanakan oleh MPK1M padai tahun hadapan selain menjalinkan hubungan yang lebih akrab.antara pegawai Jabatan Penerangan dengan MPK1M Negeri Terengganu.

Majlis turut meraikan mantan Pengerusi MPK1M, Tuan Haji Sidek Ahmad yang telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada Mei lalu dan pada majlis itu, Penghulu Mukim Kampung Raja yang juga Timbalan Pengerusi MPK1M, Tuan Haji Wan Abdul Rahim Wan Daud dipilih sebagai pengerusi yang baru.

Penghulu MUkim Besol, Encik Yulandee Che Mohd dipilih sebagai Timbalan Pengerusi MPK1M yang baru manakala Penghulu Mukim Gelugor, Encik Mohd Ikram Rashid kekal sebagai Setiausaha dan Penghulu Mukim Merchang, Encik Adnan Ibrahim sebagai Bendahari.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu (Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat), Encik Samsudin Daud, penolong-penolong pengarah dan Penyelaras K1M Negeri Terengganu, Encik Mohd Sanusi Hassan.
  • rtm1
  • skmm1
  • bernama1
  • finas1
  • ipptar1
  • Jpdp3 copy
  • sal2 2
  • sal1