Peta

 

peta_terengganu-edited_copymaps_logo

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan
Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang adalah kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman).

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu. Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam - Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadi daerah
ketujuh di negeri Terengganu.

Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah.

Keluasan daerah tersebut :-

 

1. Kuala Terengganu - 60,654.3 hektar
2. Kemaman - 253,599.9 hektar
3. Dungun - 273,503.1 hektar
4. Marang - 66,654.3 hektar
5. Hulu Terengganu - 387,462.6 hektar
6. Setiu - 130,436.3 hektar
7. Besut - 123,367.8 hektar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

  • bernama1
  • jasa1
  • rtm1
  • skmm1