Perutusan Pengarah Negeri
Assalamualaikum w.b.t dan salam 1Malaysia
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada saudara saudari pengunjung yang sudi melayari laman web Jabatan Penerangan Negeri Terengganu. Alhamdulilah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya laman web Jabatan Penerangan Negeri Terengganu dapat dibangunkan bagi manfaat kita bersama. Laman web ini merupakan salah satu saluran maklumat kerajaan kepada masyarakat umum dan penghubung antara pengunjung dengan jabatan.
Saya berharap ia akan memberi kemudahan dan manfaat kepada pengunjung untuk mendapatkan maklumat serta mesej penting terutamanya mengenai dasar-dasar kerajaan termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan/agensi kerajaan. Selain itu pengunjung juga dapat mengetahui mengenai aktiviti Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.
Kami juga mengalu-alukan pandangan dan cadangan saudara saudari bagi meningkatkan keberkesanan laman web ini.
Selamat melayari laman web Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.
Sekian, Terima Kasih.
HAJAH AZIZAH BINTI AWANG
PENGARAH
PENERANGAN NEGERI TERENGGANU