BANYAK INFO PADA INFO K1M KAMPUNG RAJA

Program Info Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Raja anjuran Pejabat Penerangan Daerah Besut pada 27 Februari 2016 banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutama bagi mendapatkan maklumat mengenai isu semasa.

Info K1M yang bertemakan `Kampung Ku Bersih Rumah Ku Sejahtera’ diadakan di Taman Putera Kampung Raja Selatan, Besut dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, YB Tuan Haji Mohd Mahdi Musa.

Pelbagai akitiviti menarik diadakan pada program sehari itu seperti gotong-royong membersih kawasan taman perumahan, pameran ganyang aedes, pameran anti dadah, pertandingan masakan, pertandingan mewarna dan pertandingan mencari lokan.

Pegawai Penerangan Daerah Besut, Encik Awang Muil Awang Raya, berkata penganjuran Info K1M bertujuan memberi maklumat mengenai isu semasa serta mewujudkan semangat perpaduan antara penduduk setempat.

Sempena program itu, turut diadakan penyampaian cenderahati kepada mantan pemimpin masyarakat tempatan dan cabutan bertuah untuk mereka yang hadir.

  • rtm1
  • skmm1
  • bernama1
  • finas1
  • ipptar1
  • Jpdp3 copy
  • sal2 2
  • sal1