Latar Belakang

Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  merupakan salah satu Jabatan Penerangan Negeri . Bersesuaian dengan  fungsi jabatan iaitu sebagai  tempat atau sumber penyebaran maklumat berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan, Jabatan Penerangan WPKL telah  memainkan peranannya dalam penyebaran maklumat-maklumat serta memproses maklumat-maklumat yang diterima daripada masyarakat setempat.

Pada peringkat permulaan, pada tahun 1984  pejabat Jabatan Penerangan WPKL telah  ditempatkan di Bangunan Mahkamah, Jalan Tun  Perak, Kuala Lumpur dan kemudiannya ia telah berpindah  ke Wisma Misha , Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur. Pejabat ini sekali lagi berpindah pula ke Wisma HLA dan akhirnya  pejabat ini telah ditempatkan pula di Tingkat 1, Wisma SCA, Jalan Sungai Besi/ San Peng mulai tahun 1992 hingga 13 Februari 2005. Pada 13 Februari 2006 Jabatan telah berpindah ke Tingkat 3, Wisma SCA bagi menampung pertambahan anggota yang telah meningkat kepada 75 orang.

Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan WPKL mula beroperasi di Tingkat G, Wisma SCA pada 1 Mac 2007 hasil dari penggabungan 3 biro penerangan iaitu Biro Penerangan Pudu, Biro Penerangan Batu dan Biro Penerangan Kuala Lumpur.

Jabatan ini yang di ketuai oleh seorang Pengarah Gred S48 mempunyai  empat cawangan  iaitu Cawangan Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat dan Cawangan Geraksaraf dan Pengurusan Isu yang masing-masing diketuai oleh Penolong Pengarah Gred S44 manakala  Cawangan Khidmat Pengurusan dan Kewangan dan Cawangan Perancangan dan Penyelidikan masing-masing diketuai oleh Penolong Pengarah Gred S41.

Selain itu, Jabatan mempunyai lima Pegawai Penerangan Kawasan iaitu Pegawai Penerangan Kawasan Titiwangsa/Wangsa maju/Setiawangsa (S38), Pegawai Penerangan Kawasan Bukit Bintang/Seputeh/Putrajaya (S38), Pegawai Penerangan Kawasan Lembah Pantai/Segambut (S32), Pegawai Penerangan Kawasan Kepong/Batu (S27) dan Pegawai Penerangan Kawasan Bandar Tun Razak/Cheras (S27). Pusat Maklumat Rakyat JPWPKL pula diketuai oleh Penolong Pegawai Penerangan (S27).

  • arkib1
  • aswara1
  • balai seni1
  • bernama1
  • filem
  • finas1
  • ipptar1
  • istanabudaya1
  • jasa1
  • jkkn1
  • jmm1
  • kraf1
  • pnm1
  • rtm1
  • skmm1
  • warisan1