[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16101″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA KINABALU: Infesta Aidilfitri
menjadi titik mula bagi program bersemuka Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah.
Pengarahnya, Nadzerah Abdullah berkata, program tersebut diadakan untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga jabatan itu serta penghuni bangunan Wisma Dang Bandang.
“Diharapkan program yang diadakan ini menjadi titik permulaan bagi memulakan aktiviti luar secara bersemuka dengan pematuhan prosedur operadi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Kehadiran Syawal ini menuntut komitmen berterusan untuk kita menyambung bakti memberi perkhidmatan cemerlang justeru, kerjasama semua warga kerja dan pemegang taruh amatlah diharapkan.
“Ia penting bagi memastikan JAPEN Sabah berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi pelbagai situasi agar terus cemerlang dan relevan,” katanya semasa Majlis Infesta Aidilfitri Jabatan Penerangan Sabah, hari ini.
Dalam ucapannya, Nadzerah optimis semua usaha dan peranan yang disempurnakan sepanjang pandemik Covid-19, menambah pengalaman dan kematangan.
Oleh itu, ujarnya, para pegawai diseru untuk terus memberi komitmen padu dalam menyampaikan maklumat dasar serta pembangunan negara kepada masyarakat.
Nadzerah turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap bakti yang disumbang para pesara anggota yang sentiasa menyokong aktiviti jabatan yang terdiri daripada mantan Timbalan Pengarah, Harun Maddasa, mantan Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud, Durahim Jaman, Pembantu Penerangan, Tugis Mandalin dan Pembantu Laut, Bakari Gunung Tabul.
Pada majlis itu, Nadzerah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Gerai Terbaik, Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka JAPEN Sabah, manakala tetamu paling sporting diraistaf Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),Nazarudin Abu Bakar, Pakaian Lelaki Terbaik Sarah Bulindan (JAPEN Semporna) dan Wanita Terbaik, Dr. Ang Giek Choo (Jabatan Kesihatan Sabah).
Menjayakan program tersebut adalah beberapa agensi persekutuan di bangunan Wisma Dang Bandang antaranya Jabatan Meteorologi Sabah, Jabatan Imigresen Negeri Sabah, AADK, Jabatan Kesihatan, Jabatan Perangkaan Sabah, Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia dan Kombinasi Saudagar Sdn Bhd.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]