[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”17731″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]
KOTA BHARU: Transformasi hampir setahun yang dibawa Norizam Tukiman sebagai pemilik Kelantan FC berjaya ‘memikat’ beberapa pelabur yang sudah menyatakan kesediaan untuk membuat pelaburan berjumlah jutaan ringgit bersama The Red Warriors musim depan.
Norizam percaya, pelaburan jutaan ringgit itu bakal mengubah landskap TRW untuk kembali menjadi pasukan berstatus gergasi bola sepak Malaysia pada masa akan datang.
Laporan Utusan Malaysia- “Apa yang boleh kongsikan setakat ini kepada penyokong setia TRW, saya sudah mencapai kata sepakat dengan sekumpulan pelabur yang berminat untuk bersama-sama membangunkan pasukan.
“Saya gembira bila ada pihak mula yakin dengan perancangan yang telah dibuat oleh TRW sebelum ini. Ia membuktikan pengorbanan yang dibuat bagi memulihkan pasukan Kelantan oleh saya sebelum ini bukanlah cakap kosong,” kata kepada Utusan Malaysia.
Zamburger memberitahu, usaha yang dibuat oleh TRW itu dilihat bakal mencetus revolusi baharu dalam kancah bola sepak Malaysia secara amnya untuk melangkah ke arah lebih profesional selepas ini.
Katanya, bola sepak Malaysia mampu menjadi satu industri jika diurus tadbir secara profesional berlandaskan kepada bentuk perniagaan sebagaimana dilakukan oleh kelab-kelab ternama dunia.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]