19 APR 2025 (MALAYSIA AKTIF) KOMUNITI MADANI TERUS PROAKTIF SALUR MAKLUMAT SAHIH

Category: Liputan Berita 2025

KOTA SETAR, 19 Apr (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI akan terus proaktif membantu kerajaan memberi maklumat yang sahih kepada masyarakat setempat.

Ketua Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah Yeoh Cheong Aun, berkata Komuniti MADANI juga dapat mengukuhkan semangat perpaduan rakyat di negara ini tanpa mengira lapisan masyarakat.

Beliau turut merasmikan Program Jiwa@Komuniti MADANI Jalan Langgar – Jalan Teluk Wanjah yang berlangsung di Teluk Wanjah.

Tetamu yang hadir juga diberikan taklimat untuk sentiasa berhati-hati dengan Isu Sindiket Penipuan Tawaran Pekerjaan di Luar Negara. Mereka dinasihatkan untuk tidak terpedaya dengan tawaran yang tidak logik dan menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan.