20 JUN 2022, WARTA ORIENTAL, JAPEN, MTPN TINGKATKAN KESEDARAN HAK PENGGUNA

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16541″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]KOTA KINABALU: Kerjasama di antara Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah dan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah mampu meningkatkan kesedaran hak pengguna di negeri ini.

Presiden MTPN Sabah, Yang DiPertua Kevin Lo Kian Min berkata, MTPN berhasrat untuk menjalin kerjasama erat dalam melaksanakan aktiviti serta program untuk meningkatkan kesedaran serta memberi pendidikan kepada rakyat tentang tanggungjawab dan hak pengguna.

“Antara fungsi MTPN adalah untuk mewujudkan masyarakat pengguna yang mengamalkan perlindungan kendiri, mempertingkatkan profesionalisme peniaga dan meningkatkan teknik berniaga yang boleh mempengaruhi keadaan sosial serta ekonomi negara terutamanya di Sabah.

“MTPN Sabah mempunyai dua tunjang utama iaitu yang pertama, memberi landasan kepada semua pengguna dan peniaga untuk menyalurkan aduan dalam membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.

“Tunjang kedua adalah memberi anugerah untuk mengiktiraf peniaga yang bertanggungjawab seperti Consumer’s Choice Award agar pengguna lebih yakin terhadap syarikat atau peniaga tersebut.

“Sehubungan itu, saya berharap agar semua jabatan kerajaan dapat membantu usaha menyebarkan maklumat kepada orang awam agar mereka lebih bijak dalam menjaga hak sebagai pengguna dan seterusnya mampu membuat keputusan pembelian yang lebih baik,” katanya kepada media selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah, hari ini.

MTPN Sabah mempunyai lima cawangan iaitu di Kota Kinabalu, Penampang, Sepanggar, Putatan dan Likas serta mempunyai seramai 60 orang ahli yang berdaftar.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Nur Diyana Ujit, Ketua Biro Aduan MTPN Sabah, Michelle Liew Pei Yee, Bendahari MTPN Sabah, Jason Pan Jun Chen dan Setiausaha MTPN Sabah, Anna Liew Pei Ping.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]