[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”16538″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]SANDAKAN: Taklimat isu semasa diadakan di pelbagai tempat di Sandakan tahun ini melalui program Info on Wheels Jabatan Penerangan (JaPen) yang membantu menghebahkan pesanan-pesanan terkini kerajaan.
Pada Sabtu lepas, sesi taklimat bertajuk Isu Kenaikan Harga Barang dan Hak Pengguna telah diadakan di Kampung Sim-Sim di sini, bermula seawal jam 8.30 pagi.
Antara penceramah yang mengambil bahagian adalah Ketua Unit Konsumerisme, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan, Mohd. Azlee Mat Atar.
Beliau menjelaskan dalam ceramahnya mengenai hak penduduk sebagai pengguna, bagaimana menjadi pengguna yang bijak dan langkah-langkah mengelakkan penipuan daripada peniaga yang tidak jujur.
“Pengguna adalah sesiapa sahaja yang membeli barangan, melanggan perkhidmatan bagi kegunaan diri, keluarga atau untuk kegunaan orang lain yang bukan bertujuan untuk perdagangan,” jelas beliau.
Seorang lagi penceramah yang terlibat dalam program itu adalah Ketua Eksekutif Kaunter Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sandakan, Azulwan Rosli, yang menerangkan tentang Skim Caruman KWSP, I-Suri dan I-Saraan.
Selain itu, turut menyampaikan taklimat adalah Pegawai Penerangan Sandakan, Abdul Aziz Abdul Karim, yang menjelaskan tentang Isu Semasa Pelan Pemulihan Ekonomi Negara, Isu Berita Palsu dan Media Sosial.
Rata-rata anggota masyarakat yang hadir memberikan maklum balas positif terhadap program anjuran JaPen Sandakan itu, dan berharap ia terus diadakan dari semasa ke semasa.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]