26 JULAI 2022 | WARTA ORIENTAL | IOW BENTUK ANGGOTA JAPEN LEBIH MESRA RAKYAT

Category: Liputan Berita 2022

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”17158″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Program Info On Wheels (IOW) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) membentuk anggotanya menjadi lebih mesra rakyat dan sentiasa peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara.

Menurut Pembantu Penerangan JaPen Wilayah Persekutuan Labuan, Rodey Roy Juhalin, sejak bertugas di JaPen Labuan semasa pandemik Covid-19, beliau ditugaskan untuk melaksanakan hebahan IOW mengenai maklumat-maklumat penting mengikut situasi semasa yang dihadapi negara ketika itu, di segenap pelusuk Pulau Labuan.

“Sebelum keluar bertugas, kami diberi penerangan terlebih dahulu mengenai maklumat yang perlu disampaikan kepada masyarakat agar kami lebih jelas dengan isu tersebut selain memudahkan kami untuk menyesuaikan pendekatan yang ingin diambil.

“Setelah mendapat gambaran yang lebih jelas, kami akan bergerak ke lokaliti yang bersesuaian dan memulakan hebahan menggunakan pembesar suara serta membuat edaran bahan penerbitan atau risalah berkaitan jika perlu,” katanya.

Jelas Rodey, setelah beberapa bulan terlibat dengan IOW, beliau dapati ia bukan sahaja sekadar hebahan dengan pembesar suara, malah ia merupakan antara medium berkesan anggota JaPen untuk berdamping dengan masyarakat.

“Apabila kita bertugas di lapangan, saya mula selesa berinteraksi dengan masyarakat dan berkongsi pelbagai maklumat yang penting kepada mereka, walaupun pada awalnya sedikit gugup, namun lama–kelamaan kita akan lebih selesa apabila didekati oleh masyarakat pelbagai peringkat.

“Ada kalanya kami hanya berbual kosong dengan orang kampung. Bagi saya itu juga satu perkara yang positif dalam membina hubungan yang baik antara JaPen dan komuniti setempat, yang seterusnya boleh memudahkan pelaksanaan sebarang aktiviti JaPen bersama komuniti pada masa hadapan,” kongsinya.

Penolong Pegawai Penerangan JaPen Labuan, Roseemyzal Nordin, pula berkata IOW adalah pendekatan serampang dua mata JaPen dalam menyampaikan maklumat dan menyelami denyut nadi rakyat.

“Platform IOW ini kami gunakan sebaiknya untuk mendekati masyarakat kerana peranan JaPen bukan sahaja untuk menyampai maklumat, malah juga untuk mendengar pandangan serta keluhan rakyat.

“Ada juga persoalan-persoalan yang ditimbulkan masyarakat selepas mendengar hebahan kami, dan ini memudahkan kami untuk terus memberi maklum balas secara bersemuka, selain boleh memanjangkan sebarang isu lain kepada agensi yang berkaitan,”tambahnya.

Sementara itu, seorang penjawat awam yang bertugas di Labuan, Muhammad Nazli Ho, 43 berpandangan usaha pihak JaPen itu penting untuk masyarakat kerana hebahan secara langsung seperti ini dapat memberi kefahaman langsung berkaitan isu-isu semasa, dan bentuk tindakan semasa yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

“Hebahan langsung dapat membuatkan orang ramai fokus dengan info yang disampaikan, dan ini dapat memberi kesedaran langsung mengenai sesuatu pengumuman penting, yang sudah pasti dapat merapatkan hubungan antara pihak JaPen dan orang ramai

“IOW wajar diteruskan agar masyarakat sentiasa menyedari Bahawa JaPen sentiasa bersama dan dekat dengan rakyat ,”kongsinya.

Bagi seorang lagi Penjawat awam, Nurul Ashikin Suhaili, 32, IOW JaPen memberi hebahan secara cepat dan terus kepada masyarkat terutama di kawasan tumpuan dan kawasan kampung.

“IOW membantu warga Labuan memperoleh maklumat terkini yang sahih selain rakyat dan JaPen sebagai wakil kepada kerajaan, dapat beramah mesra dan mendengar terus maklum balas daripada rakyat, sekali gus dapat mengurangkan kekeliruan rakyat mengenai sesuatu isu.

“Saya harap semoga IOW diteruskan pada masa akan datang dan menjadi medium hebahan bergerak yang pantas serta dekat di hati orang Labuan,” jelasnya lagi.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]