KEMENTERIAN KOMUNIKASI BUKA PUSAT MEDIA SEMPENA PRK KINABATANGAN, LAMAG
Azura2026-02-03T16:03:48+08:0009 Jan 2026Liputan Berita 2026
25 Nov 20252025
KOSMO (12 DISEMBER 2024) KEMENTERIAN KOMUNIKASI BANTU PENGAMAL MEDIA TERENGGANU TERKESAN BANJIR
balqis2024-12-16T09:39:18+08:00KUALA TERENGGANU – Seramai 14 pengamal media Terengganu yang terjejas banjir baru-baru ini menerima bantuan Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani daripada Kementerian Komunikasi hari ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, setiap mangsa akan menerima bantuan kewangan RM1,000 sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada petugas media yang diuji sewaktu bencana tersebut baru-baru ini.
“Saya difahamkan walaupun terjejas banjir, mereka masih bertugas seperti biasa untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan ini sangat kita hargai,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu di Pulau Kambing di sini hari ini.
Pengamal media terbabit merupakan sebahagian 109 mangsa yang terpilih menerima bantuan menerusi program Pasca Banjir Ihsan Komuniti Madani berkenaan.
Sementara itu, pemberita sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Mohd. Taha Yaacob, 51, bersyukur menerima bantuan tersebut selepas rumahnya di Kampung Tok Has, Besut ditenggelami air menyebabkan perabot rosak. – KOSMO! ONLINE
16 Dec 2024Liputan Berita 2024
KARNIVAL KITA MADANI X HKHM 2024
balqis2024-07-25T16:39:55+08:00KARNIVAL KITA MADANI X HKHM 2024
Tarikh : 21 Julai 2024
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Lokasi : Cyber Event Hall, Cyberjaya, Selangor
Mini karnival sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar
Jalur Gemilang 2024 yang berpaksikan kepada aspirasi Malaysia
MADANI. Penzahiran kepada keharmonian, muafakat dan
toleransi rakyat Malaysia melalui elemen pameran, perkhidmatan,
kebudayaan dan kesenian
PENGISIAN PROGRAM
1. Reruai Komuniti MADANI X NADI
2. Persembahan Kebudayaan & Kesenian
3. Aktiviti Sukarelawan
4. Pameran
5. Perkhidmatan Bergerak
6. Jualan RAHMAH MADANI
7. Jualan Kombo Agro MADANI
8. Demonstrasi Pembuatan
9. Pertandingan Bintang Patriotik
10.Pameran Automotif
25 Jul 20242024
25 Jul 20242024
KOSMO, TERUS KIBAR JALUR GEMILANG DI SEMUA PREMIS- PM
balqis2024-07-24T14:20:18+08:00CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sektor kerajaan dan swasta serta seluruh peringkat kumpulan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis sepanjang Bulan Kebangsaan 2024.
Perdana Menteri berkata, langkah itu sebagai tanda taat setia dan satu bentuk ‘pengorbanan’ rakyat pada zaman ini berbanding rakyat terdahulu untuk menghargai sebuah kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 67 tahun lalu.
Beliau berkata, seluruh negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak perlu memastikan tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang dan ia memberikan satu petanda baharu dalam menterjemahkan jiwa Merdeka rakyat Malaysia.
“Saya percaya kita bagi mesej jelas, apa yang sukarnya (kibarkan Jalur Gemilang), orang dahulu korbankan segala-galanya, ibu-ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka untuk jadi tabung perjuangan.
“Dulu bagi cincin untuk perjuangan tetapi sekarang? Kena ingat jangan ada keterlanjuran kerana kita tak minta cincin atau jam, saya hanya minta kibarkan Jalur Gemilang.
“Kita kena pastikan kalau orang enggan (kibar Jalur Gemilang) kirim salam pada mereka, ini bukan isu kaum, parti, isu kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri dan maruah harga diri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, di sini hari ini.
Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 diadakan dengan tujuan utama untuk menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Ia juga bertujuan menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dalam lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa, agama mahu pun fahaman politik berasaskan aspirasi Malaysia Madani menerusi inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’. – KOSMO! ONLINE
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA KEWARTAWAN TIDAK KEKANG KEBEBASAN MEDIA –FAHMI – WILAYAHKU
balqis2024-02-21T11:26:15+08:00KOD Etika Kewartawanan yang dilancarkan hari ini tidak bertujuan mengekang kebebasan media sebaliknya untuk meningkatkan kemahiran wartawan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kod etika media itu telah wujud sejak tahun 1989 dan dalam versi baharu yang dilancarkan ini mengandungi beberapa penambah baikkan.
“Kod etika ini telah wujud sejak tahun 1989 dan ia merupakan garis panduan untuk wartawan melaksanakan tugas.
“Ia telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan serta organisasi media dan mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu dan mengongkong ataupun menyekat kebebasan dalam membuat pelaporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Muhamad Fauzi Md. Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Menurut Fahmi tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat atau menerbitkan kenyataan yang tidak benar.
“Dalam konteks ini , undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam,” katanya.
Kod Etika Kewartawan yang dilancarkan hari ini mengandungi lapan perkara iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dialog; wartawan hendaklah telus bertintegriti ketika menjalankan tugas; wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi.
Selain itu pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi; kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak; wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber; wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.-WILAYAHKU
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA JADI PANDUAN WARTAWAN MALAYSIA- SINAR HARIAN
balqis2024-02-21T10:51:49+08:00Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu adalah satu perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada wartawan atau pengamal media dalam menjalankan tugas, lapor wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Ashwad Ismail berkata, ia menandakan satu titik penting kepada semua wartawan kerana kod etika ini bukanlah satu perkara baharu di peringkat global.
Katanya, tetapi untuk Malaysia, ia adalah sebagai 'refresher' untuk memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024

