KERAJAAN LANCAR KOD ETIKA WARTAWAN, ELAK BERITA PALSU –BERITA HARIAN
balqis2024-02-21T10:43:10+08:00PUTRAJAYA: Prinsip Kod Etika Wartawan Malaysia wajar dijadikan sebagai pembimbing perlakuan bagi semua pengamal media tanpa mengira platform.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar berkata, lapan prinsip etika yang digariskan merangkumi keperluan semasa yang sentiasa berubah dalam landskap media bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Beliau berkata, landskap media yang sentiasa berubah menyediakan cabaran serta peluang baharu kepada pengamal media.
Dalam persekitaran dinamik, katanya, pematuhan kepada prinsip etika sangat penting dan seiring dengan perubahan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (Al), kod etika ini juga perlu dikemas kini.
"Dalam menyumbang kepada persekitaran media yang bertanggungjawab dan dipercayai, penekanan kepada profesionalisme, penghormatan terhadap hak dan martabat, ketepatan, keadilan, ketelusan dan peningkatan berterusan sangat penting dalam mengukuhkan asas etika kewartawanan," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Majlis Peluncuran disempurnakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Lapan Kod Etika Wartawan Malaysia yang digariskan itu membabitkan wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dailog, perlu telus dan berintegriti, berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi dan pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi.
Turut tersenarai, kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak, menghormati privasi dan kerahsian sumber, memahami undang- undang berkaitan ruang lingkup tugasan dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan.
Mustapa berkata, kod etika yang dikemas kini itu juga mencerminkan komitmen dan usaha untuk mengekalkan integriti, ketepatan, dan keadilan dalam kerjaya sebagai wartawan di samping menghormati hak dan martabat individu serta masyarakat.
Beliau berkata, kepentingan awam juga perlu diutamakan dalam setiap pemberitaan termasuk kepatuhan undang-undang supaya wartawan dapat menjalankan tanggungjawab dengan telus dan seimbang.
Katanya, terdapat beberapa kod etika sedia ada di Malaysia berkaitan dengan wartawan dan media dan difahamkan Kod Etika Wartawan Malaysia ini akan dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi permohonan dan pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) yang diperkenalkan oleh jabatan berkenaan.
"Sehubungan itu, kita berharap JaPen dapat memperincikan dan menjelaskan lapan prinsip kod etika ini bagi mengelak kekeliruan dan salah faham di kalangan wartawan dan pengamal media lain," katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KERAJAAN LANCAR KOD ETIKA MEDIA, ELAK BERITA PALSU –FREEMALAYSIA TODAY
balqis2024-02-21T10:10:02+08:00PUTRAJAYA: Elak pemberitaan dipengaruhi kepentingan peribadi dan mengesahkan kesahihan maklumat antara lapan panduan terkandung dalam kod etika wartawan Malaysia dilancarkan hari ini.
Dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, etika lain termasuk bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; telus dan integriti dan adil dalam menyampaikan maklumat.
Menghormati kerahsiaan sumber; memahami undang-undang serta polisi berkaitan tugas dan meningkatkan kemahiran secara berterusan.
Penyediaan kod etika wartawan Malaysia itu membabitkan Fakulti Komunikasi Universiti Sains Malaysia serta Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kod etika itu diperkenalkan untuk mengemas kini etika kewartawanan Malaysia diterbitkan Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 yang menjadi rujukan kerajaan bagi pengurusan media.
Sementara itu, Fahmi dalam ucapan perasmian kod berkenaan berkata tidak ada mana-mana individu atau organisasi bebas untuk menyebarkan berita palsu.
Menurutnya, dalam konteks itu, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam.
“Justeru, pihak wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih.
“Wartawan juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia Madani,” katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KERAJAAN KOMITED ASINGKAN KUASA EKSEKUTIF, BADAN PERUNDANGAN DAN BADAN KEHAKIMAN, PASTIKAN INTEGRITI INSTITUSI PERUNDANGAN DITEGAKKAN
jonathan2023-10-26T07:44:25+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26871" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
26 Oct 2023Infografik 2023
KERANGKA KERJASAMA 2024-2028 ASEAN DAN GCC SEBAGAI BERSEJARAH, 2 KUMPULAN SERANTAU KECIL JALIN KERJASAMA TANPA PENGARUH KUASA BESAR
jonathan2023-10-23T06:50:14+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26871" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
23 Oct 2023Infografik 2023
KERAJAAN SASAR 10,000 GERAI DAN WARUNG UNTUK DIPERINDAH DAN DITINGKATKAN TAHAP KEBERSIHAN DENGAN PERUNTUKAN RM10 JUTA
jonathan2023-10-27T15:32:42+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26837" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Oct 2023Infografik 2023
KERAJAAN PERUNTUK RM10 JUTA BAGI MELAKSANAKAN PEKA TVET, SEDIA LATIHAN KOMPETENSI YANG DIAKREDITASI OLEH CIDB KEPADA PARA PESALAH PADA TAHUN HADAPAN
jonathan2023-10-27T15:32:43+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26828" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Oct 2023Infografik 2023
KERAJAAN SEDIA RM160 JUTA UNTUK PENGGIAT SENI, GALAK LEBIH BANYAK PENGHASILAN KARYA
jonathan2023-10-27T15:32:43+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26825" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Oct 2023Infografik 2023
KERAJAAN SEDIA RM2.6 BILION SALUR SUBSIDI, INSENTIF KEPADA PESAWAH DAN NELAYAN
jonathan2023-10-27T15:32:43+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26815" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Oct 2023Infografik 2023
KERAJAAN PERUNTUK RM100 JUTA BAGI PENYEDIAAN GERAN PENDIGITALAN
jonathan2023-10-27T15:32:43+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26812" img_size="large"][vc_column_text]Klik Seterusnya[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
16 Oct 2023Infografik 2023