BAHAGIAN MEDIA SIBER
Bahagian Media Siber
Objektif
- Menjadikan pengurusan media sosial Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) sebagai platform utama komunikasi strategik pemasaran maklumat, dasar Kerajaan dan isu utama serta menjadi sumber yang dipercayai dalam kalangan rakyat.
Fungsi
- Merancang dan menyelaras pemasaran maklumat dasar-dasar dan program-program Kerajaan di media siber;
- Memantau dan menguruskan pengumpulan maklumat serta reaksi komuniti di media siber;
- Membangunkan kandungan digital yang kreatif mengenai dasar-dasar dan program-program Kerajaan melalui media siber di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat;
- Menyelaras dan menguruskan platform media sosial Jabatan, iaitu Facebook, Youtube, Instagram, X, Threads dan Portal Berita di peringkat daerah, negeri dan ibu pejabat menerusi JAPENTV dan Portal Malaysiaaktif (MA);
- Memasarkan dan menularkan Video, Berita dan Infografik menerusi platform media sosial, kepada Netizen Media Siber (Facebook, Youtube, Instagram dan Whatsapp Groups); dan
- Memastikan maklumat dipaparkan oleh pihak Media Siber sentiasa dikemaskini.
Piagam Pelanggan
- Menyediakan kandungan digital (infografik) mengenai isu-isu semasa bagi laman web rasmi dan laman media sosial rasmi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dalam masa satu (1) hari bekerja
- Menyediakan penerbitan video multiple camera production (MCP) berkenaan dasar, publisiti dan program kerajaan sebagai kandungan di media sosial rasmi JAPEN dalam masa tiga (3) hari bekerja.
- Menyediakan single camera production (SCP) berkenaan dasar, publisiti dan program kerajaan sebagai kandungan di media sosial rasmi JAPEN dalam tempoh berikut:
- Videografik – dua (2) hari bekerja;
- Video – lima (5) hari bekerja;
- VOX POP – dua (2) hari bekerja; dan
- Memuat naik kandungan digital yang berkaitan dengan isu semasa di laman media sosial rasmi JAPEN dalam masa satu (1) hari bekerja.