28 Aug 20242024
28 Aug 2024
19 Aug 20242024
PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU BERI PELUANG PELAJAR TONJOL SEMANGAT PATRIOTISME
balqis2024-08-19T11:29:24+08:0019 Aug 2024Liputan Berita 2024
PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU BERI PELUANG PELAJAR TONJOL SEMANGAT PATRIOTISME
balqis2024-08-19T11:23:41+08:00Program Pentarama X Kelab Malaysiaku memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan semangat patriotisme menerusi pelbagai aktiviti, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu diadakan di 38 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata semangat patriotik atau rasa kecintaan yang mendalam kepada negara perlu disemai dan dipupuk dari peringkat sekolah agar sebati dalam diri individu.
Selain itu katanya pelbagai program berteraskan kenegaraan juga perlu diteruskan bagi membina jati diri generasi pelapis itu.
"Kita kena teruskan (program) sebab semangat cintakan negara ini sebenarnya (membuatkan) mereka (pelajar) bangga dengan Jalur Gemilang walau ke mana mereka pergi sekali pun, mungkin mewakili negara untuk sukan, sambung pengajian ke luar negara atau bekerja di luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pentarama X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024.
Menurut Mohamad Fauzi program berkenaan merupakan satu daripada program di bawah inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang dilancarkan tahun ini, meliputi lima kluster iaitu pendidikan, pendidikan tinggi, komuniti, keselamatan dan kesihatan.
Antara pengisian program berkenaan yang berlangsung hingga 16 September ini termasuk sembang santai, nyanyian lagu patriotik dan kuiz kenegaraan. -Bernama
19 Aug 2024Liputan Berita 2024
PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU BERI PELUANG PELAJAR TONJOL SEMANGAT PATRIOTISME
balqis2024-08-19T11:21:00+08:00Program Pentarama X Kelab Malaysiaku memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan semangat patriotisme menerusi pelbagai aktiviti, sekali gus menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu diadakan di 38 sekolah di lima negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata semangat patriotik atau rasa kecintaan yang mendalam kepada negara perlu disemai dan dipupuk dari peringkat sekolah agar sebati dalam diri individu.
Selain itu katanya pelbagai program berteraskan kenegaraan juga perlu diteruskan bagi membina jati diri generasi pelapis itu.
"Kita kena teruskan (program) sebab semangat cintakan negara ini sebenarnya (membuatkan) mereka (pelajar) bangga dengan Jalur Gemilang walau ke mana mereka pergi sekali pun, mungkin mewakili negara untuk sukan, sambung pengajian ke luar negara atau bekerja di luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Pentarama X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2024.
Menurut Mohamad Fauzi program berkenaan merupakan satu daripada program di bawah inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) yang dilancarkan tahun ini, meliputi lima kluster iaitu pendidikan, pendidikan tinggi, komuniti, keselamatan dan kesihatan.
Antara pengisian program berkenaan yang berlangsung hingga 16 September ini termasuk sembang santai, nyanyian lagu patriotik dan kuiz kenegaraan. -Bernama
19 Aug 2024Liputan Berita 2024
25 Jul 20242024
PERANAN, CAPAIAN NADI DIPERLUASKAN SEMUA PERINGKAT SUARAKEADILAN (9 JULAI 2024) PERANAN NADI DIPERLUASKAN KE SEGENAP LAPIS MASYARAKAT – FAHMI
balqis2024-09-23T10:56:41+08:00Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas dengan pelaksanaan program di luar pusat itu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata langkah bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat setempat itu bakal dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.
"Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat," katanya kepada pemberita.
Terdahulu Fahmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat NADI di Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh pada Isnin.
Sementara itu menurut Fahmi, antara modul yang akan dilaksana di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.
Justeru Pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.
Setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.
11 Jul 2024Liputan Berita 2024
PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KOMUNIKASI ANJURAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 2024
balqis2024-04-26T10:50:12+08:0026 Apr 2024