DASAR PRIVASI APLIKASI
Privasi
Aplikasi Mudah Alih Jabatan Penerangan Malaysia yang dikenali sebagai JAPEN On Mobile (JOM) (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan pegawai (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") yang bertugas di lapangan sebagai saluran sokongan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dasar, inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA).
Maklumat Yang Dikumpul
Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran log masuk aplikasi. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut:
Nama
Alamat Emel
Kata Laluan
Nombor Telefon Bimbit
Jawatan
Gred
Pejabat Bertugas
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas.
Jika anda memilih untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi kami atau pun menghantar maklum balas yang mengandungi data-data peribadi, data-data ini mungkin akan dikongsikan bersama-sama dengan agensi Kerajaan yang lain dalam usaha untuk membantu anda secepat dan secekap yang mungkin
KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN
Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh aplikasi mungkin ditolak atau terjejas.
KERAHSIAAN
Data peribadi yang dikumpul oleh aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
KESELAMATAN DATA
Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI APLIKASI
Sekiranya dasar privasi aplikasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada jom@inform.gov.my .